Dianggarkan terdapat hingga 30 peratus wanita mati putik
Dianggarkan 20 hingga 30 peratus wanita di negara ini yang sudah berkahwin dan berisiko mengalami masalah mati putik.
Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Rosediani Muhamad berkata, ia berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui kajian 10 tahun lalu dan tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan disebabkan faktor persekitaran.
Menurutnya, kajian berkenaan dilakukan dalam kalangan wanita yang mempunyai penyakit seperti kanser dan kebanyakan mereka mengakui mengalami masalah mati putik.
"Antara punca mati putik dalam kalangan wanita adalah disebabkan masalah yang datang dari diri mereka sendiri seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, perasaan tidak mencukupi secara seksual, masalah perkahwinan, kekurangan teknik ketika melakukan hubungan seks atau perhubungan dengan pasangan masing-masing.
"Mati putik mendorong kepada masalah seksual wanita yang menyebabkan tiada keinginan dan sukar mencapai klimaks ketika bersama pasangan," katanya.