Lagenda Buaya Putih Kuala Kubu - Kubur Cecil Ranking


Cecil Ranking, Magistrate dan Tax Collector Officer yang dikatakan menembak buaya putih di Kuala Kubu (Lama) mati ketika banjir akibat ampangan yang menempatkan buaya putih pecah. Pemuda Melayu telah meminta beliau meninggalkan rumah menyelamatkan diri tetapi beliau enggan keluar dari rumah,

Yang ditemui hanya tangan beliau tersangkut diatas pokok dan ditanam di Gereja bersebelahan rest house (rumah rehat Kerajaan) dan Planters Club tempat mabuk-mabuk ketika zaman penjajah.

Bangunah telah diruntuhkan untuk pembinaan Masjid Daerah Hulu Selangor. Rumah Rehat Kerajaan masih wujud sehingga tahun 70an dan dirobohkan untuk meluaskan kawasa masjid pembinaan Sekolah Rendah Agama.

Sekarang ini kubur Cecil Ranking telah dipindahkan berdekatan Taman Melinium, Kuala Kubu Bharu. Yang masih tinggal di pintu masuk Masjid Ar-Rahimah itu tugu peringatan Cecil Ranking.






Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.