OPR & Inflasi

Tulisannya panjang lebar tapi apa nak disampaikan kenaikan OPR hanya kerana nak kawal inflasi.. Itu sahaja. Usah merapu kaitkan OPR dengan Alien, UFO dsbnya.
......
1998 mungkin ramai yang belum bersunat.
Masa tu serangan matawang Asia oleh Soros. Ekonomi dunia tak terkesan dan sedang rancak. Masih mengimport dengan banyak komoditi Malaysia. 
Pro Cons tambat ringgit, eksport tak dapat menafaat, pelabur tak yakin tapi tambat ringgit diperlukan masa itu kerana kejatuhan Ringgek kerana SERANGAN MATAWANG yg hanya melibatkan beberapa negara di Asia.
Interest rate tinggi dicadangkan oleh Anwar Ibrahim yang berkelulusan BA tanpa Hns Pengajian Melayu atas nasihat punaisihat dia untuk menggalakkan rakyat menabung kononnya, sedangkan kita perlu Ringgit berlegar dalam pasaran untuk pemulihan ekonomi dengan cepat. Apa yg di lakukan Anwar sebagai Menteri kewangan menaikkan kadar faedah sehingga 11% menyebabkan banyak perniagaan collapse. Apa yg dulakukan Anwar tiada kaitan dasar monetary keperluan menaikkan OPR pun. Kesalahan jgn dijadikan benchmark.
Ramai yg hilang pekerjaan & yang ada cash beli perniagaan yg strategik dengan harga murah. Itu dilakukan oleh kroni Mahathir.
Bila Anwar di pecat interest diturunkan dan semasa Mahathir meninggal jawatan PM interest rate 4.5%. Semasa Pak Lah interest belegar antara angka 3% sehingga semasa  melepaskan jawatan PM interest rate 3.25%.
Semasa Najib menteri Kewangan interest rate bawah 3% walaupun ketika itu dunia mengalami World Greatest Recession.

Cerita atas tu buang masa je sebenarnya. Yang aku nak sampaikan kenaikan OPR bukan kerana lemah atau kuat Ringgek tetapi kerana kenaikan kadar Inflasi. Dalam dasar monetory memang begitu. Kalau inflasi boleh dikawal OPR akan turun kembali.  Sebabnya, korang baca lah dasar monetory berkaitan inflasi.
OPR naik gila² kalau ada menteri kewangan macam Anwar sahaja.
Berkaitan OPR naik, korang baca status aku sebelum ini. 
Ada yg kata Bank Islam tak de nasalah dengan OPR sebab dah kira sekali interest dalam pinjaman.
Tolong baca sini:
Bank Islam pun menyarankan OPR dinaikkan..

Rujukan OPR BNM sejak 1998


Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.