Posts

Showing posts from December, 2022

KISAH UMMU SIBYAN

Image
Maghrib adalah saat di mana matahari sudah tenggelam, namun masih muncul dengan sinar yang kadang-kadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah. Siapakah Ummu Sibyan? Apakah yang dia lakukan dalam rumah kita? Ketahuilah bahawa Ummu Sibyan bukanlah wanita yang baik. Dia mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan ataupun tidak sebelum ini. Ummu Sibyan adalah jin daripada kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak-kanak yang berusia kurang dari dua tahun serta wanita hamil. Disebabkan itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak diikuti oleh jin ini. Apakah kerja Ummu Sibyan? Kerjanya adalah Mengganggu bayi yang baru lahir dan kanak-kanak (biasanya kurang dari duatahun) serta wanita yang hamil. Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang m...

[VIDEO] Ummu Sibyan

Image
Dulu² bila menjelang maghrib mak bapak akan suruh masuk rumah, tutup semua tingkap dan pintu. Budak sekarang akan kata itu kepercayaan karut sebab mereka tak mengaji habis.  Sebab tu bila maghrib ramai yang lepak kat luar rumah terutama kat kedai mamak atau sekeluarga duduk depan rumah sembang berd2kah² tak peduli azam maghrib.. Sah lah tak solat sebab waktu maghrib tu pendek. Kalau anak² menangis malam mungkin diganggu oleh Ummu Sibyan kerana mak bapak tak ada ilmu. Aku dah tahu perkara ni masa umur 6 tahun, Datuk aku yg bagitau. Masa tu mana ada internet nak search pasal UMMU SIBYAN.  Dah sekolah menengah aku tanya kat imam, bukan semua tahu jadi aku tanya kat guru pengajian Islam, guru cakap yang sama dengan datuk aku cakap. Aku dapat ilmu yg orang lain mungkin tak tahu, jadi aku tolong sebarkan ilmu itu. Rujukan: https://kamaluddin.blogspot.com/2022/12/kisah-ummu-sibyan.html https://youtu.be/76ZZ6dwqsHA

Jangan Pernah Menyerah

Image
Takdir Allah rahsia Allah, kita tak tahu. Kun Faya Kun. Aku tak pernah terfikir satu hari nanti aku akan merindui seseorang... Takdir menentukan bukan kebetulan yang membuat aku rindu. 😁

POKOK GELENGGANG – ubat kurap dan panau

Image
Pokok gelenggang atau disebut juga sebagai daun senna merupakan pokok herba renek yang tumbuh liar di belukar atau hutan di Malaysia yang dikatakan berasal dari Amerika Tropik.  Di kenali juga sebagai pokok kurap, belukar lilin atau nama Inggerisnya seperti candelabra bush, empress candle plant, ringworm tree atau candle tree dengan nama saintifik sebagai cassia alata atau C. senna dari famili Leguminosae banyak digunakan dalam perubatan tradisional sejak berzaman lagi.  Pokok gelenggang boleh mencapai ketinggian 2 – 10 meter dengan daun berbentuk  seiras (bilateral) dan berlawanan secara simetri, akan kucup pada waktu malam. Bunga galenggang berwarna kuning atau oren dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Buahnya bersalut kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat. Dalam perubatan Melayu, daun gelenggang merupakan tumbuhan ubatan yang mujarab untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan panau.  Caranya dengan melumatkan daun...

Masjid Quba, Madinah

Image
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad ﷺ sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah. . Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah SWT. . Rumah Saidina Ali Bin Abi Talib terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad ﷺ akan mendirikan solat sunat sementara menunggu Saidina Ali Bin Abi Talib. Masjid Quba juga disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. . Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). . Semasa hayatnya, Nabi Muhammad ﷺ kerap mengunjungi Masjid Quba dan m...

Sup kaki (keting) & kengsom di PTT Amphoe Chenna dalam perjalanan ke Pattani.

Image
Sup kaki (keting) & kengsom di PTT Amphoe Chenna dalam perjalanan ke Pattani. Kali terakhir makan disini Januari 2020 sebelum PKP bersama Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Qader. Beliau meninggal dunia ketika awal PKP, tak dapat nak ziarah.

Makan sup kaki (keting) & kengsom di PTT Chennai dalam perjalanan ke Pattani.

Image
Makan sup kaki (keting) & kengsom di PTT Chennai dalam perjalanan ke Pattani. Kali terakhir makan disini Januari 2020 sebelum PKP bersama  Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Qader. Beliau meninggal dunia ketika awal PKP, tak dapat nak ziarah. PTT Amphoe Channa