KISAH UMMU SIBYAN
Maghrib adalah saat di mana matahari sudah tenggelam, namun masih muncul dengan sinar yang kadang-kadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.
Siapakah Ummu Sibyan? Apakah yang dia lakukan dalam rumah kita? Ketahuilah bahawa Ummu Sibyan bukanlah wanita yang baik. Dia mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan ataupun tidak sebelum ini. Ummu Sibyan adalah jin daripada kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak-kanak yang berusia kurang dari dua tahun serta wanita hamil. Disebabkan itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak diikuti oleh jin ini.
Apakah kerja Ummu Sibyan?
Kerjanya adalah Mengganggu bayi yang baru lahir dan kanak-kanak (biasanya kurang dari duatahun) serta wanita yang hamil.
Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata satu yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak. Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.
Seperti yang diceritakan dalam kisah 'Jin Ummu Shibyan dengan Nabi Sulaiman', jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar perempuan itu tidak boleh mengandung.
Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut perempuan yang hamil, pada waktu janin dalam kandungannya sedang tumbuh, jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semula.
Tanda-tanda jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas atau ke arah sudut tertentu)
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas selepas sar sehingga sebelum Subuh
Akibat terkena gangguan Jin Ummu Sibyan:
1. Sawan tangis
2. Autisme (over hiperaktif)
3. Nakal dan keras kepala
4. Malas
Tanda-tanda wanita hamil terkena gangguan Jin Ummu Sibyan:
1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam
2) Kusut fikiran
3) Sakit pada bahagian tulang-tulang belakang
4) Mengigau ketika tidur
5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan
Cara mengelak daripada gangguan Jin Ummu Sibyan
1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu maghrib
2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur di luar rumah pada waktu maghrib (jemuran tak kering)
Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak
Meniarapkan bayi supaya bayi tidak melihat ke arah itu. Baca ayat Qursi dan Surah Tiga Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai bayi berhenti menangis.
Halau dengan bahasa sendiri seperti "Wahai Ummu Sibyan, keluarlah dari rumahku dan jangan ganggu anak-anakku."
Insya-ALLAH… Ummu Sibyan akan pergi.
Namun, DR ROZAIMI RAMLE mengatakan bahawa Hadis tentang Ummu Sibyan ini DAIF, namun hadis larangan kanak-kanak berkeliaran pada waktu senja sahih kerana pada waktu itu syaitan sedang berkeliaran.
Daripada sahabat Jabir radhiallahu'anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:
( إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ، وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا ، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ ) رواه البخاري (3280)
"Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian." (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).
Tingkap dan pintu rumah perlu ditutup dan menyebut nama Allah pada malam hari dan tidak digalakkan dibuka jika tidak ada keperluan sebagai langkah berjaga-jaga daripada kejadian yang tidak baik berlaku.
Jangan biarkan bekas-bekas makanan dan minuman tidak ditutup dan dianjurkan menyebut nama ALLAH ketika menutup bekas-bekas itu..
Ini semua dilakukan untuk mengelakkan gangguan syaitan. Wallahua'lam.
Mahu lebih menyelami kisah Jin Betina Ummu Sibyan ini? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel UMMU .SIBYAN yang sudah ada di pasaran. Pastinya,setiap maghrib berkurung di dalam rumah!
Jangan biarkan senja anda diselubungi misteri…