Masjid Quba, Madinah

Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad ﷺ sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah SWT.
.
Rumah Saidina Ali Bin Abi Talib terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad ﷺ akan mendirikan solat sunat sementara menunggu Saidina Ali Bin Abi Talib. Masjid Quba juga disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.
.
Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).
.
Semasa hayatnya, Nabi Muhammad ﷺ kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut hadis dari Ibnu Umar R.A : Sesungguhnya Rasulullah ﷺ pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.
.
Telah diceritakan juga bahawa Nabi ﷺ menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda ﷺ pergi ke sana pada hari Isnin.(Riwayat Bukhari dan Muslim.)
.
Sabda Nabi ﷺ lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
.
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi ﷺ bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.

Kredit Gambar: Dakrim Daud

Popular posts from this blog

Lelaki India Kena Tetak Berhampiran Stesyen Minyak Shell Batang Kali (video)

Kedai Todi Kerajaan

Tea Da Hong Pao, mengapa ia yang paling mahal di dunia