MEMBEBEL sambil MAKAN kuih talam tepung beras

Kuih tradisi Melayu tak ada satu pun guna tepung gandum.
Dulu² tepung talam tak ada secubit pun tepung gandum dan di nusantara mana ada tanam gandum. Bila dah dikomersialkan, guna tepung gandum untuk jimat kos. Maka resepi itulah dipegang sampai sekarang sebagai resepi asli. 'ayat yg aku sendiri dengar tahun 70an... "Mana nak untung guna tepung beras, campurlah tepung gandum" kata penghasut kepada peniaga kuih traditional.
Kek Minangkabau sampai kinin ko di panggi talam tapung bareh,
Siapa yang bantah, maknanya diorang baru lahir atau tak campur masyarakat di tahun 60an & awal 70an 😂
Sekarang ni aku tak sentuh tepung talam yg orang melayu buat, kalau kue nyonya aku makan sebab aku ada masalah gluten intolerance. Tepung gandum terlalu banyak buruk dari baik. Baiknya sebab murah dan ada subsidi. Aku sokong kalau ditarik subsidi.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.