Makan tapai mana ada kelas kan?

Tapai ubi mengandungi banyak probiotik yang baik untuk tubuh badan kita. Kenapa susah² nak beli supplemen? Dalam tempe pun ada. Banyak makanan nusantara tinggi kandungan prebiotik. Ada yg mengatakan tapai juga boleh menghambat sel kel kanser tapi perlu kajian lanjut.

Dalam usus kita ada macam² mikrobiotik. Salah satunya probiotik.

Antara peranan probiotik:
1. Memperkuat sistem kekebalan tubuh.
2. Melancarkan sistem pencernaan.
3. Memecah dan menyerap obat.
4. Membentuk vitamin.

Antara Khasiah tapai:
1. Kaya dengan sumber probiotik
2. Prebiotok dihasilkan tapai membantu melancarkan sistem penghadaman
3. Membantu menguatkan tulang dan gigi kerana tapai mengandungi mineral seperti kalsium dan fosforus yang tinggi.
4. Membantu menstabilkan suhu tubuh badan. Orang yg demam elok ambil tapai
5. Membantu memberi tenaga kepada tubuh badan kerana membantu menguraikan lemak dan kolesterol dalam tubuh badan dan ditukarkan menjadi tenaga.
6. Thiamin dalam tapai Membantu memperbaiki sistem neuron dan otot.
7. Membantu merawat masalah jerawat kerana tapai mampu meneutralkan kandungan toksid pada pori² kulit.
8. Membantu mengelakkan anemia. Vitamin B seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B12 (cobalamin) dan vitamin B9 (asid folik)  yg terdapat pada tapai mampu membantu penghasilan lebih banyak sel darah merah.
9. Sumber potassium tunggu dalam tapai membantu mengelakkan hipertensi.
10. Membantu mengekalkan kesihatan kulit kerana tapai memiliki anti radang bagi mengurangkan iritasi pada kulit.
11. Membantu mencegah pembentukan sel kanser. Asid laktik dalam tapai dipercayai dapat membantu mencegah pembentukan sel kanser.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.