Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke WTC

02 Oktober 1998 Zahid Hamidi di 'paksa' letak jawatan Ketua Pemuda UMNO oleh Mahathir. Sebelum itu Anwar dilucut keahlian. Hishammuddin di lantik memangku Ketua Pemuda.
Zahid menang Ketua Pemuda tahun 1996. Zahid menewaskan Annuar Musa, Rahim Tamby Chik, Isa  Samad & ahli biasa Rahman Salleh.
Naib Ketua Pemuda Hishammuddin menewaskan Abdul Fatah Iskandar dari Team Zahid (masa tu aku penulis teks ucapan dia sebelum diambil alih oleh Zien Isma secara .... hahaha). Abdul Fatah walaupu kalah, beliau dilantik oleh Zahid menjadi pengerusi Majlis Penerangan (Ketua Penerangan)
Korang tanya Soohaimi Abdul Rahman atau Johari Baharom, dia mesti kata aku penyimpan sejarah Pemuda. Aku boleh ingat siapa dikalangan Pemuda yang jadi Wakil Rakyat sepenggal dsbnya. Banyak lagi cerita yang aku tak de saksi hidup. Sebab yang tahu dah meninggal, tak syok nak cerita.
Seterusnya... apa yang berlaku sekarang (hari ini mungkin 7 February 2023) korang lebih tahu rentetan cerita aku diatas.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan