Buah Ciku


Khasiat Buah Ciku

Mempunyai antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria dan antiparasit. Ciku jua sesuai untuk buasir dan cirit-birit.

Mempunyai Vitamin C sebanyak 24.5 peratus per 100 gram selain dari mengandungi Vitamin A . Keduanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas

Serat yang ada didalam buah ciku dapat membantu dan menjadi ubat yang baik untuk sembelit. Selain itu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser

Jika buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga , asid folat dan niasin. Sebatian ini membantu dalam proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh

Buah ciku turut mengandungi antioksidan, boleh membantu menurunkan paras kolesterol, menurunkan paras gula darah, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi hati dan mata. Bagi daun ciku pula, daun tumbuhan ini berpotensi mencegah kanser, mengurangkan keradangan dan membantu merawat demam.

Zaman kanak² dulu suka bersihkan buah ciku dan peram, selalunya ciku yg diperam hilang dirembat abang sepupu hahaha.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.