Posts
Bayi perempuan ditemui dalam laci di rumah polis
- Get link
- X
- Other Apps
Comelnya Baby.. KANGAR: Seorang pegawai kanan polis terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan di dalam sebuah laci almari di rumahnya di Taman Fauziah dekat sini hari ini. Pegawai wanita yang enggan namanya disiarkan itu berkata, beliau mendengar tangisan seorang bayi dari dalam bilik pembantu rumahnya lalu menyiasatnya. Beliau kemudiannya menemui seorang bayi perempuan yang disimpan di dalam laci almari di situ dalam keadaan bogel pada pukul 9.30 pagi. Pegawai wanita itu kemudiannya bertanya kepada pembantu rumahnya yang kemudian mendakwa menemui bayi itu ketika keluar membuang sampah berhampiran rumah itu Jumaat lalu. Pembantu rumah warga Indonesia berusia 20 tahun itu mendakwa terkejut apabila bungkusan kain yang disangka sampah itu membalut seorang bayi lalu membawanya ke dalam rumah majikannya. Bagaimanapun, bayi itu disimpan di dalam laci almari di dalam biliknya selama dua hari dan hanya memberi bayi itu minum air kosong sahaja berikutan bimbang disalah tafsir...
Valentine day - Mengaku bukan Islam ketika daftar hotel
- Get link
- X
- Other Apps
MUAR: Semata-mata ingin memuaskan gelora nafsu sempena Hari Kekasih semalam, enam pasangan kekasih di sini sanggup mengaku bukan Islam semata-mata untuk mendaftar menginap di hotel murah dan rumah tumpangan bagi meneruskan niat bermadu kasih, sekali gus mengelak dikesan pihak berkuasa. Tidak cukup dengan itu, ada pula kakitangan hotel murah bersekongkol dengan pasangan kekasih muda terbabit apabila menyembunyikan identititetamu mereka dengan alasan mereka tidak mendaftarkan nama. Bagaimanapun, tipu muslihat itu tidak mampu mengaburi mata pihak berkuasa yang kemudian berjaya menghidu taktik lapuk pasangan terbabitsebelum masing-masing ditahan kerana disyaki berkhalwat. Operasi bermula jam 10.30 malam itu diketuai Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Daerah Muar, Nordin Mohamad dan disertai 20kakitangan Jabatan Agama Johor (JAJ) serta Majlis Perbandaran Muar. Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Noh Kadri, berkata pada awalnya pasukan berkenaan menghadapi masalah mengenal ...
Remaja hidu gam
- Get link
- X
- Other Apps
HULU LANGAT: Jika pasangan lain memilih bunga ros dan coklat untuk meraikan sambutan Hari Kekasih, sepasang remaja yang kemaruk bercinta dikatakan menghidu gam bagi membangkitkan rasa ghairah sebelum berasmara pada hari istimewa itu. Lebih mengejutkan apabila dua remaja terbabit sanggup bermalam dalam khemah di pinggir hutan pusat rekreasi Sungai Congkak, di sini, bagi meraikan sambutan itu. Bagi meraikannya, mereka yang berasal dari kampung berhampiran sanggup datang seawal jam 4 petang ke pusat rekreasi berkenaan dengan menaiki bas dan merancang pulang keesokan harinya. Remaja itu yang dikenali sebagai Lia turut mengaku, sejak bertunang tiga bulan lalu dia dan tunangnya beberapa kali melakukan hubungan seks. “Bagi saya ia tidak menjadi kesalahan, tambahan sempena Hari Kekasih untuk menunjukkan rasa sayang serta cinta pada bakal suami saya. “Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan dan percaya dia (bakal tunang) akan bertanggungjawab jika berlaku perkara b...
DUN tidak dibubar, Nizar diminta letak jawatan
- Get link
- X
- Other Apps
IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan. Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan. "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," menurut kenyataan itu. Pagi ini, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakua...