Posts

PRK N11 IJOK: Berita

Calon BN Ijok seorang muda, lawa – Samy Vellu KUALA SELANGOR 15 April – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membayangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Ijok merupakan seorang muda dan lawa. Pemuda BN beri amaran dedah helah pembangkang IJOK 15 April – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mendedahkan setiap strategi dan tipu helah pembangkang yang cuba memecah-belahkan masyarakat dengan menggunakan isu perkauman serta agama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang bakal berlangsung 28 April ini. BN sedia hadapi isu perkauman SUBANG 15 April – Barisan Nasional (BN) bersedia berhadapan dengan isu perkauman yang mungkin akan dimainkan oleh parti pembangkang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Ahli perniagaan umum bertanding calon bebas KUALA LUMPUR 15 April – Seorang ahli perniagaan K. Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan be

PRK N11 IJOK: Senarai Pusat Mengundi

Image

PRK N11 IJOK: Pusat Penamaan Calon dan Penjumlahan Undi

Image
Dewan Orangramai Batang Berjuntai

PRK N11 IJOK: PETA IJOK

Image
KELUASAN IJOK : 95 KM PERSEGI LOKASI : BARAT - UTARA SELANGOR BILANGAN PEMILIH : 12,272 PECAHAN PENGUNDI : 12,233 BIASA, 39 POS PECAHAN KAUM : 51.04%, 20.59% DAN 28.16% BILANGAN DM/PUSAT MENGUNDI : 9 BILANGAN TM/SALURAN : 28 + 1 (POS) BILANGAN LOKALITI : 154

PRK N11 Ijok: Ahli Perniagaan Umum Bertanding Sebagai Calon Bebas

KUALA LUMPUR, 15 April -- Seorang ahli perniagaan K.Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok. Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Loganadan berkata keputusan itu tidak didorong oleh sesiapa, sebaliknya untuk berkhidmat di kawasan itu kerana beliau mendakwa tidak banyak pembangunan dan kemajuan dibawa oleh wakil rakyat terdahulu. Loganadan yang kini menetap di Klang, dilahirkan di Ladang Caledonian, kira-kira lima kilometer dari pekan Ijok dan mendapat pendidikan rendah di sekolah Tamil di situ sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Batu Arang dan Batang Berjuntai. "Saya adalah anak tempatan dan tinggal di sana selama 18 tahun dan cukup tahu masalah di situ," katanya yang juga Timbalan Presiden Kelab Motivasi Insan Cemerlang Selangor, sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Loganadan mendakwa beliau pernah menjadi anggota MIC selama kira-kira lapan tahun dan mempunyai ramai ke

PRK N11 Ijok - Ketua MIC Kuala Selangor Ancam Untuk Letak Jawatan

KUALA SELANGOR, 15 April (Bernama) -- Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor S.P. Thirumoorthy hari ini mengancam untuk meletakkan jawatannya jika beliau tidak dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok akhir bulan ini. Thirumoorthy, 55, seorang guru sekolah menengah, mendakwa 18 ketua cawangan daripada 36 cawangan parti MIC di kawasan pilihan raya Ijok itu akan turut meletakkan jawatan bersamanya. Beliau, yang menjadi ketua bahagian sejak 1994, berkata beliau difahamkan bahawa calon BN bukan dari kalangan ahli bahagian MIC Kuala Selangor. BN dijangka mengumumkan calon esok.Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika diminta mengulas tindakan Thirumoorthy itu, berkata beliau tidak akan melayan tuntutannya."Ia adalah hak Presiden MIC untuk memutuskan calon. Pengerusi BN (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) telah meluluskan nama calon. Saya juga memaklumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo," kata

PRK N11 IJOK - Rumah Wanita Selangor

Image
No6, Jalan 8/1C Taman Kota Puteri Set GPS: 3°18'17.80"N 101°25'54.70"E

BN kekalkan kerusi DUN Machap

ALOR GAJAH 12 April — Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 4,081 undi dalam pertandingan satu lawan satu antara calonnya, Lai Meng Chong dengan calon DAP, Liou Chen Kuang hari ini. Kemenangan BN diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hasim Ismail di pusat penjumlahan undi di Kompleks Japerun Machap, Bukit Bulat di sini pada pukul 8.22 malam ini. Lai, 56, seorang anak tempatan memperoleh 5,533 undi, manakala Liou, 33, yang kali kedua dipertaruhkan oleh DAP untuk kerusi yang sama, memperoleh 1,452 undi. Sebanyak 74.35 peratus daripada 9,623 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu keluar mengundi mulai pukul 8 pagi ini hingga pukul 5 petang ini di lapan pusat mengundi yang menyediakan 19 saluran mengundi. Pilihan raya kecil DUN Machap diadakan berikutan kematian Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, Datuk Wira Poh Ah Tiam pada 15 Mac lepas. Pada pilihan raya umum 2004, Poh menew

PRK N11 IJOK

Image

Penamaan Calon P.raya Kecil Ijok 19 April, Mengundi 28 April

Image
PUTRAJAYA, 11 April -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Ijok ialah pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian pada 28 April. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian di sini hari ini selepas SPR mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil itu. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN tersebut Datuk K.Sivalingam di Chennai, India, akibat serangan jantung pada 4 April lepas. Sivalingam, 59, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan dan Pekerja Ladang Selangor, memenangi kerusi itu untuk penggal ketiga dalam pilihan raya umum lepas dengan menewaskan Abdul Rahman Moharam dari parti Keadilan dengan majoriti 1,649 undi. Menurut Abdul Rashid bagi tujuan pilihan raya kecil itu, SPR menentukan bahawa daftar pemilih yang dikemaskinikan sehingga 4 Apr 2007 akan digunakan. Mengikut daftar

Penamaan Calon Bagi Kerusi DUN Ijok Pada 19 April

11 April, 2007 11:45 AM Penamaan Calon Bagi Kerusi DUN Ijok Pada 19 April KUALA LUMPUR, 11 April -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok, Selangor ditetapkan pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 28 April, Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Anggota Exco Selangor Meninggal Dunia Di Chennai

Image
NEW DELHI, 4 April -- Anggota exco kerajaan negeri Selangor Datuk K. Sivalingam meninggal dunia hari ini selepas rebah di Lapangan Terbang Chennai sebaik tiba dari Malaysia. Sivalingam, 59, meninggal dunia sekitar 10.40 pagi (1.10 petang waktu Malaysia) dipercayai akibat serangan jantung, kata pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini. Setelah rebah, beliau dibawa ke hospital berdekatan, kata pegawai itu. Sivalingam adalah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok.

PRK Macahap - Mungkin di perkampongan ini

Image
Klik imej untuk lebih jelas

PRK Macahap - Yanti kena berkampong di Kemuning

Image

PRK Machap - Gambar Satelite Kawasan DUN

Image
Klik gambar untuk melihat imej yang lebih besar