Posts

Mencari ketenangan

Image
Sehari dua ini aku nak membawa diri. Korang jangan banyak tanya aku nak pegi mana. Aku tiba-tiba hilang arah dan tumpuan. Aku tidak mampu untuk membahagiakan sesiapa. Lebih baik aku menghindari sebelum aku dihindari. Apa saja dari aku semuanya mendapat penghinaan, perbuatan, percakapan malah diam ku dihina. Dayusnya aku.. Apa saja yang aku buat menemui kegagalan. Hubungi aku jika aku benar-benar diperlukan walau pun aku tidak menjawap panggilan. Panggilan itu sudah cukup membuktikan kalian mengingati aku. Jangan hubungi aku sekadar untuk mendengar kata dusta. Dah puas dah. Pengalaman aku dalam beberapa waktu ini cukup membuat aku hampir tidak lagi mempercayai ungkapan 'ikhlas' 'setia' 'sejati' dan yang sewaktu dengannya. Msg aku dengan perkataan 'RINDU' kalau kalian benar-benar merindui kehadiranku dan aku akan menghargainya meskipun aku tidak menjawabnya. Kalau dengan perkataan 'RINDU' itu mengharap aku membalasnya maka korang tidak ikhlas. Sean

Jangan ditanya kemana aku pergi

Sehari dua ini aku nak membawa diri. Korang jangan banyak tanya aku nak pegi mana. Aku tiba-tiba hilang arah dan tumpuan. Aku tidak mampu untuk membahagiakan sesiapa. Lebih baik aku menghindari sebelum aku dihindari. Apa saja dari aku semuanya mendapat penghinaan, perbuatan, percakapan malah diam ku dihina. Dayusnya aku.. Apa saja yang aku buat menemui kegagalan. Hubungi aku jika aku benar-benar diperlukan walau pun aku tidak menjawap panggilan. Panggilan itu sudah cukup membuktikan kalian mengingati aku. Jangan hubungi aku sekadar untuk mendengar kata dusta. Dah puas dah. Pengalaman aku dalam beberapa waktu ini cukup membuat aku hampir tidak lagi mempercayai ungkapan 'ikhlas' 'setia' 'sejati' dan yang sewaktu dengannya. Msg aku dengan perkataan 'RINDU' kalau kalian benar-benar merindui kehadiranku dan aku akan menghargainya meskipun aku tidak menjawabnya. Kalau dengan perkataan 'RINDU' itu mengharap aku membalasnya maka korang tidak ikhlas. Sean

Mimpi Ngeri Lagi

Image
Tah nape selalu sangat mimpi ngeri... Pertama kena semasa tidur di CityVilla. Terbangun jam 3:50 pagi dalam keadaan perpeluh. Cuban juga tenangkan fikiran dan sembunyikan perasaan. Tengok kawan di sebelah pun seperti menggerunkan. Seakan nak menjerit tetapi aku tahan kerana aku nak merahsiakan darinya. Jam 5:15 orang sebelah terbangun tengok muka dia seperti menggerikan. Bila tersedar sepenuhnya barulah rasa lega. Pagi itu aku tidak banyak bercakap dan termenung serta rasa seperti khayal. Semenjak itu ia sentiasa datang. Dalam tidor badan seakan menguit. Kalau mengikut seorang ilmuan yang aku pernah jumpa itu petanda kena sihir. Entah lah.. nak percaya atau tidak. Sekarang ini aku sedang berpeluh memikirkan mimpi ngeri yang baru ku alami. Mimpi ngeri yang keberapa aku sendiri sudah tidak ingat. Dalam keadaan begini teringat semasa kecil, pelukan seorang ibu mampu memberikan ketenangan. Tadi aku solat sunat untuk menghapus keraguan dihati. Aku berdoa dijauhkan dari ganguan-gangguan ters

Mimpi ngeri

aApa

Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak

Image
Kadang-kadang mak bapak juga ada silapnya. Berkira sangat nak beli laptop atau pc yang sekarang ini boleh didapati bawah harga RM2,000. Broadband juga semakin murah. Untuk memasang Streamyx dirumah cuma RM77 sebulan. Celcom 3G Unlimited RM68 sebulan. Cuba lihat handphone milik orang sekarang, tidak kira milik anak atau mak bapak. Harga mencecah ribuan ringgit. Apabila sianak tidak mendapat kemudahan tersebut dirumah mereka akan menggunakan kemudahan di kafe siber tanpa kawalan ibu bapa. Pemili kafe siber mementing keuntungan semata-mata. Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kafe siber yang menjadi tempat ‘persembunyian’ tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang tiga hari lalu dan ditemui semula hari ini adalah lokasi kegemaran murid-murid melepak pada waktu persekolahan.

Menghapus Jejakmu - Siapa diantara kita yang akan menyanyikannya

Syair Istikharah

Ya - Rabbul Ariffin Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku tercipta buatku dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Tetapkanlah kemesraan antara kami, agar kebahagiaan ini kekal abadi. Ya Muhaimin Seiringkanlah kami mengiringi kehidupan luas ini ketepian yang sejahtera. Ya Rabbul Fatihin seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku bawalah dia jauh dari pandanganku luput dari ingatanku dan peliharakanlah aku dari kecewa. Ya Rabbul Izzati Berikanlah aku kekuatan, melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah agar aku bisa bahagia walaupun tanpa dirinya. Ya Rabbul Quddus Gantikanlah yang telah patah meskipun tidak sama dengan dirinya biar sekuat mana aku mengasihinya aku mohon pada Mu Allah agar melenyapkan perasaan ini seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku. Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku aku mohon kasih dan sayang Mu agar memperkuatkan kasih sayangku padanya selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu. Ya Rahman Ya Rahim, Cukupla

Izinku Pergi

HAIKU

Ibarat kulit kerang Dipersisiran pantai Mengutipnya Lalu kau lemparkan jauh Adalah lebih baik Daripada memijaknya Lalu kakimu dilukai.

HTC TyTN II Berada di pasaran Malaysia

Image
Dijangka berada di pasaran menjelang Oktober 2007 SRP RM3,088.00 Spesifekasi

Bila Cinta diDusta

KEMELUT CINTA

"Apabila sebuah percintaan itu diasaskan atas kematian orang lain maka kemelutnya juga akan berakhir bila berlaku kematian" Pilihan ditangan Yanti untuk berlaku jujur dan ikhlas serta Takdir Tuhan menjemput diantaranya. Ku tahu hatimu sekeras batu mengharap secebis cinta yang kau angankan. Kau sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan CINTA yang tak pasti. Sedangkan dihadapan mu sebuah CINTA Suci menanti dengan kesetiaan. Sedikit demi sedikit kau hakiskan. Apa diharap padi seberang.... Aku tidak akan cuba melembutkan keras hatimu itu. Aku juga tidak lagi akan bertanya kemana terbangnya bangau kerana aku rasa lebih tersiksa dipermainkan. Aku tidak akan menangis kerana kemunafikan cintamu. Semoga berbahagia sebuah cinta yang dibina atas kehancuran sekeping hati. Pengorbanan bukan untuk mendapatkan cinta yang tak pasti tetapi untuk mempertahankan CINTA sejati.

Biar Bulan Bicara

Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Kisah seorang sahabat yang dalam kemelut percintaan

Kau bertanya apakah: Aku mendekati dikau kerana tubuh mu Aku mencari pelbagai alasan kerana telah mendapat sesuatu yang berharga milik mu Aku berharap untuk melakukannya lagi Aku tidak ingin untuk hidup bersamamu selamanya Aku jawab semua seolan dengan satu perkataan: "YA" Sedang kau lupa.. Menduakan aku kerana apa? Bukan kerana tubuhnya dan pada orang itu juga bukan kerana tubuh mu ? Kau sentiasa mengulangi soal kehormatan yang mungkin untuk menutup sesuatu. Mungkin bukan aku yang pertama. Sehingga sanggup menidurinya. Setelah kita calar balar bersengketa tidak mudah bagiku melupakannya. Seandainya sembuh sekalipun parut tetap tinggal. Adilkan dalam keadaan calar-balar orang ketiga dipuja dan aku dijadikan tempat persinggahan. Untuk kau mengadu kesedihan seandai ditinggalkan. Apa muslihat tiba-tiba berlaku mesra dan setia kembali kepadaku. Adakah sekadar lakonan agar aku tidang mengganggu mereka. Sekian lama tertipu membuat aku lebih berhati-hati. Sabar sahabat ku... Kebahag