Posts

CELCOM HSDPA SPEED DI HULU BERNAM

Image

MUKHRIZ 71, KHIR 56, KHAIRY 51

6.15 pm Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir memperolehi pencalonan ke-71 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Temerloh (Pahang), yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua. Razali kini mengumpulkan 91 pencalonan manakala pesaing terdekatnya, exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat 80 pencalonan. 5.00 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-56 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kudat, Sabah, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 80 pencalonan. 5.00 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-55 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sungai Besar, Selangor yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 79 pencalonan. Berita seterusnya

PROSIDING KES LIWAT ANWAR BERJALAN LANCAR

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis berjaya memastikan prosiding kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini. Kawalan trafik menghala ke kompleks itu turut lancar dan tiada jalan yang ditutup. Kira-kira 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan sejak kira-kira pukul 8 pagi bagi mengawal keselamatan di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di pekarangan mahkamah itu. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di Mahkamah Sesyen di sini bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, S.N. Nair pada pukul 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan liwat yang dihadapinya. Mahkamah Sesyen hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap

MUKTAMAD, NAJIB MENANG TANPA BERTANDING

Image
PETALING JAYA: Sah! Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus mengungguli jumlah pencalonan diterima bagi jawatan Presiden Umno setakat ini, menangani kerusi tersebut tanpa bertanding. Kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang tadi. Dengan kemenangan itu, Najib bakal diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno yang baru apabila Perhimpunan Agung Tahunan dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan. Mengikut tradisi Umno seseorang pemimpin yang dicalonkan perlu menerima pencalonan sebagai syarat bertanding. Dalam kes Najib, kedudukan beliau akan menjadi rasmi Mac depan. Beliau yang juga Menteri Kewangan bertanding jawatan itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya. Malah, Najib yang kini merupakan Timbalan Presiden Umno dijangka menyapu kesemua pencalonan daripada 27 bahagian yang bersidang sepanjang hari ini. Sehingga pukul 2 petang, Najib telah menerima sebanyak 122 pencalonan. Ia meningkat 12 lagi men

MAHATHIR: UMNO PERLUKAN BADAN PENASIHAT BEBAS PULIH PARTI

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Umno memerlukan badan penasihat khas yang bebas daripada sebarang kepentingan peribadi jika ingin melakukan perubahan positif. "Kita perlu ada badan penasihat, tapi badan penasihat itu perlu tidak mempunyai apa-apa kepentingan diri," katanya dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani sebentar tadi. Namun jelas beliau, jika badan tersebut dipengarahi pihak-pihak tertentu, ia boleh memberi kesan yang tidak baik kepada Umno itu sendiri. "Kalau jadi badan penasihat tapi guna pengaruh yang ada untuk dapatkan sesuatu, ia akan memberikan konflik dan nasihat yang diberikan itu mungkin tidak baik," katanya. Selain itu beliau berkata Umno seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi. "Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan. "Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya m

NAJIB 112, KU LI 1, MUHYIDDIN 67, ALI 25, MUHAMMAD 19

3.50 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-19 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Pasir Mas yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Isa Samad. Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 90 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (67), Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (51) dan Datuk Syed Hamid Albar (22). Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (11), Datuk Jamaluddin Jarjis (8), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (9), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

MUKHRIZ 69, KHIR 52, KHAIRY 50

2.55 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat dua lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kuala Pilah dan Kota Raja. Dengan ini, Mukhriz kini mendapat 69 pencalonan. Bagi naib ketua, Kuala Pilah dan Kota Raja mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. 2.30 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kini memperolehi 52 pencalonan selepas mendapat empat lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda, sehingga jam 2.30 petang ini. Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Tanjung Malim, Puchong, Kulim-Bandar Baru dan Teluk Kemang. Bagi jawatan naib ketua, Tanjung Malim, Puchong dan Teluk Kemang mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Manakala Kulim-Bandar Baru dan Kota Baru mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Manakala Khairy Jamaluddin pula mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Kota Bharu jumlah jumlah pencalonan untuk ahli Parlimen Rembau itu ialah 50 setakat ini.

NAJIB 95, MUHYIDDIN 62, MOHD ALI 21, MUHD TAIB 14

4.40 pm Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing mendapat satu lagi pencalonan bagi jawatan timbalan presiden. Mohd Ali dicalonkan oleh bahagian Kuala Kangsar manakala Muhd Taib dicalonkan oleh bahagian Petaling Jaya Utara. Dengan itu, Mohd Ali kini mengumpul 21 pencalonan manakala Muhd Taib mendapat 14 pencalonan. Bagi naib presiden pula, Petaling Jaya Utara mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kuala Kangsar pula mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (79), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (54), Datuk Shafie Apdal (44), Datuk Khaled Nordin (46), Datuk Syed Hamid Albar (20), Datuk Rais Yatim (8), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (7), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1)

KHIR LEPASI QUOTA PERTANDINGAN

26/10/2008 4:00pm SHAH ALAM 26 Okt. - Bekas Menteri Besar Selangor , Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini melepasi kuota pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan Mac depan. Beliau yang sebelum ini memperolehi 38 pencalonan, hari ini mendapat dua lagi pencalonan iaitu daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Balik Pulau. Mengikut syarat calon jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO perlu memperolehi sekurang-kurangnya 39 pencalonan.

SNIPPETS - FROM TUN DR MAHATHIR BLOG

Anwar Ibrahim memang seorang pembohong, sanggup membohongi pengikut KELDAIAN yang buta hati. Bayangkan seandainya Tun tiada lagi, aku rasa lebih banyak pembohonganakan dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Sudah lah Anwar, tinggal berapa kerat lagi pengikut kaki jubur yang masih mahu mendengar pembohongan. Jangan terkejut satu hari nanti Anwar pula akan dibohongi oleh pengikut beliau. INTERVIEW 1. I was interviewed by the BBC on the current financial turmoil and over management of the currency crisis in 1997 - 98. 2. I was amused when he attributed the pegging and the elimination of CLOB (Central Limit Order Book) to Dato Seri Anwar Ibrahim. I asked him whether he was given this information by Anwar. He did not answer. 3. Of course I did not do everything by myself. I had a lot of help from others. But Anwar was not one of them. He, many will remember, was the Minister of Finance who implemented the IMF strategy without the IMF with disastrous results. Read more

ZAID LEPASKAN JAWATAN SENATOR

Image
Itulah yang sebaik-baiknya untuk orang yang tiada pendirian seperti Zaid. PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah melepaskan kedudukan sebagai anggota Dewan Negara beberapa minggu selepas meletakkan jawatan Kabinet September lalu. Zaid, yang pernah secara terbuka mengkritik penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mendedahkan perkara tersebut pada satu seminar di ibu negara semalam.

MAHKAMAH BEBASKAN RAZAK BAGINDA

Image
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri. Mahkamah menetapkan 10 November ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri. Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Oktober tahun 2006. Manakala Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu. Mayat Altantuya telah diletupkan dan cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.

PM MINTA MAAF, AKUI KESILAPAN KOS BELIAN EUROCOPTER

Image
Aku nak tanya kepada mereka yang 'tahu' metamatik, nak bundarkan (roundup) 1.607bilion jadi berapa? Kalau jadi 1.7billion bukan roundup tapi nak songlap. KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi mengakui berlaku sedikit kesilapan semasa beliau menyatakan mengenai harga pembelian Eurocopter EC-725 semasa mengumumkan keputusan penangguhan pembeliannya Selasa lalu. "Mengenai harga, semasa saya keluarkan kenyataan iaitu RM1.7 bilion, itu berlaku sedikit kesilapan... saya minta maaf pada kesilapan itu. Beliau berkata, angka "dibundarkan" sebanyak RM1.7 bilion yang diberikan sebelum ini adalah silap. "Semasa saya membuat kenyataan yang ia sebanyak RM1.7 bilion, itu silap... saya minta maaf bagi kesilapan itu, pegawai letakkan RM1.607 bilion, jadi saya kata kita boleh bundarkan angka itu kepada RM1.7 bilion. "Pagi ini semasa saya di Kementerian Pertahanan, saya dimaklumkan yang angka itu salah, sebenarnya harganya RM1.607 bilion. Tetapi in

PROSIDING KES LIWAT ANWAR BERJALAN LANCAR

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis berjaya memastikan prosiding kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini. Kawalan trafik menghala ke kompleks itu turut lancar dan tiada jalan yang ditutup. Kira-kira 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan sejak kira-kira pukul 8 pagi bagi mengawal keselamatan di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di pekarangan mahkamah itu. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di Mahkamah Sesyen di sini bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, S.N. Nair pada pukul 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan liwat yang dihadapinya. Mahkamah Sesyen hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap

KHAIRY JATUH TEMPAT KE 3

Image
Pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno kini menyaksikan Khairy Jamaluddin merosot ke tempat ketiga selepas ibupejabat Umno pusat membatalkan keputusan mesyuarat ketua Pemuda Gua Musang pada 25 Oktober lalu yang mencalonkan ahli Parlimen Rembau itu untuk jawatan tersebut. Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya - pada 23 Oktober - yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat. Dengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan. Manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih mendahului dengan 70 pencalonan sehingga ini. Sehingga ini sebanyak 165 bahagian Pemuda telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.