Ini salah satu E-Joke puak KELDAIAN sebab apa kena mengena Altantuya dengan Ijok. KUALA LUMPUR 23 April — Ujian DNA terhadap anak ketiga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh di negara ini, mengesahkan anak itu adalah hasil perkahwinan model berkenaan dengan bekas suaminya, seorang lelaki warga Mongolia. Menurut sumber polis, pengesahan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya anak lelaki Altantuya itu, yang dikenali sebagai Altanshagai Munkhtulga, 4, adalah hasil hubungan sulit wanita itu dengan seorang rakyat Malaysia. “Ia sudah disahkan melalui ujian DNA, kanak-kanak itu adalah anak yang sah daripada perkahwinan Altantuya dengan seorang lelaki warga Mongolia,” katanya di sini hari ini. Konsulat Kehormat Mongolia di sini, Datuk Syed Abdul Rahman Al- Habshi ketika dihubungi hari ini berkata, pada Mac lalu, satu pasukan polis Malaysia telah pergi ke Mongolia untuk mengambil sampel DNA anak Altantuya dan hasil analisisnya memang mengesahkan bahawa anak itu tiada ...