Sejarah Jalan Chow Kit
Nak beli Allupurinol kena pergi Jalan Chow Kit. Farmasi buka sampai Jam 11 Malam. Boleh makan nasi Padang RM 5 kat gerai depan Farmasi. Nak tau cerita Jalan Chow Kit? Begini ceritanya... Jalan Chow Kit yang sebenarnya bermula dari simpang ke kanan selepas bulatan Raja Muda (sekarang lampu isyarat stesen monorail Chow Kit) menuju ke Jalan Batu (sekarang Jalan Tuanku - bukan Tunku- Abdul Rahman. Jalan Chow Kit asal berakhir di jambatan kayu menyeberang sungai Batu/Gombak. Selepas pembinaan PWTC baru ada jambatan untuk laluan kereta. Dulu di PWTC dan The Mall (Sunway Mall) rumah setinggan, tempat kitorang lastik burung merbah. Kebanyakan kawasan ditumbuhi pokok petai belalang. Sekarang ini jalan Chow Kit berakhir di persimpangan jalan Raja Laut (7 Eleven) dan didepan tu dinamakan Jalan Putra (merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj). Bangunan popular di Jalan Chow Kit, rumah kayu dicelah2 bangunan. Rumah no 41. Rumah itu pun dah dijual dan sedang dalam...