Posts

Tempayang (Kalimantan) @ kembang semangkok (Malaysia) @ selayar

Image
Juga dikenali sebbagai Buah Semangkuk/ Malva Nut /Marrow Nut / Bunga Tempayang /大海子 胖大海 (China) / ลูกสำรอง, หมากจอง, พุงทะลาย (Thailand) Pokok Kembang Semangkok merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta negara-negara ASEAN yang lain. Merupakan pokok balak yang ditebbang untuk dijadipan kayu/papan. Nama botaninya Scaphium longiflorum. Berbuah 5 tahun sekali. Di Laos merupakan eksport terbesar kedua negara tersebut selepas kopi. Khasiat Kaya dengan antioksidan Meningkatkan kesihatan jantung Menyokong kesihatan pencernaan Menurunkan risiko diabetes Mengurangkan keradangan Meningkatkan kesihatan kulit Menyokong fungsi otak Meningkatkan sistem kekebalan tubuh Menurunkan risiko kanser Menyejukkan badan ketika demam Nilai perubatan (tradisional Cina) Mengeluarkan haba daripada paru-paru Mengubati sakit tekak Menangani ketoksikan Menenangkan usus

Dari Ajwa ke Sukkary: Dunia kurma Arab Saudi yang beraneka

Image
Arab Saudi, sebuah negara yang sinonim dengan limpahan minyak, mempunyai satu lagi jenis kekayaan yang lebih manis—kekayaan pelbagai jenis kurmanya, yang merupakan antara yang terbaik di dunia. Dihormati sebagai "BUAH DIRAJA" dan dihargai sejak zaman purba, kurma menawarkan gabungan unik kaya dengan sejarah, kekayaan nutrisi dan kepelbagaian kuliner yang terus memikat penggemar makanan dan pemakan yang mementingkan kesihatan.  Tetapi di Timur Tengah, dan terutamanya di Arab Saudi, kurma bukan sekadar snek sihat yang eksotik.  Kurma adalah sebahagian daripada kehidupan seharian. Selama berabad-abad, pokok-pokok yang berdaya tahan ini bukan sahaja menyesuaikan diri dengan persekitaran padang pasir yang keras tetapi juga penting untuk rezeki, ekonomi, dan tradisi rakyat Saudi.  Daripada keenakan ajwa hingga sukkary manis, kurma Arab Saudi adalah bukti kepintaran pertanian negara dan peranan pentingnya dalam pasaran kurma global.

🎦 Yala - Pattani, Thailand: Kampung Tok Muring, Telaga 9 Pattani

Image
Yala - Pattani, Thailand: Mek Yah Mee Celup Bernam Station menyambut menantu Kampung Tok Muring, Telaga 9 Pattani. Menantu dari Narathiwat 6-7-Mac-2024

🎦 Jalan-jalan ke Thailand: Danok - Yala - Pattani - Hat Yai

Image
Pintu masuk ke Thailan Jalan-jalan  ziarah Yala - Pattani Singgah makan di Danok ....

🎦 Ngopi lagi

 Rutin orang kampung. Nak minum kat cafe tak mampu

🎦 Ngopi

 Rutin harian di kampung.

🎦 Jom Ngopi

 Habis dah... Jom balik

Nasi goreng

Image
Nasi goreng yang orang melayu makan dibawa dari Indonesia yang di adopted dari budaya Cina ketika era perdangangan dengan China bermula. Kalau di Malaysia diperkenalkann oleh Baba Nyonya di Melaka. Nasi lebihan semalan di goreng dengan pelbagai cara mengikut citarasa dan perencah apa yg ada atau mengguna lebihan lauk atas kepercayaan adalah satu 'dosa' membuang lebihan nasi dan lauk yang tidak dimakan. Kalau orang minang goreng ikut citarasa mereka biasanya 'padeh', Kerinci veri simple dipanggil nasi rendang, Jawa mungkin di letak taugeh kasar, tempeh & tahu, Banjar dimakan bersama wadi' dll. Setiap suku kaum ada resepi nasi goreng mereka sendiri. Asasnya adalah 'berdosa' membazir lebihan nasi dan lauk.

Pucuk paku

Image
  Ada dijual hydrogel dari daun pakis untuk diabetes, luka dn ulser. Dah tu kenapa tak makan pucuk paku je.  Aku tanam pokok paku orang kata aku gila, banyak kat tepi sungai katanya. Korang pergi cari sekarang! Aku suruh kawan aku yang berniaga sarapan pagi buat lontong pucuk paku dan aku tolong viralkan kedai dia, sampai ke sudah tak buat.

Melukut tepi gantang

Image
Sebab sedar diri, sampai sekarang aku tak nak jadi macam melukut tepi gantang. Bila ada perasaan dipinggirkan, aku diam-diam berundur. Dulu kehidupan kami susah. Tak pernah termampu beli beras segantang. Setiapa kali ke kedai Cina Kee Leng atau Ah Chai di Pekan Kalumpang, setakat mampu beli satu leng untuk sekali makan. Kalau beli 1 leng atau 1 cupak dibungkus menggunakan kertas surat khabar digulung bentuk kon. Beli segantang menggunakan karung kertas atau kami panggil karung gantang. Kertas nya kami buka jadi helaian dan gunakan 'kertas gantang' itu untuk menulis atau melukis.

Hat Yai Paradise Hotel & Resort - Sarapan pagi

Image
  Malam tadi mimpi indah. Tapi dalam sejarah hidup aku mimpi terbalik. Kalau mimpi orang tu sayang aku biasanya dia nak lari dari aku 😂

Hatyai Paradise Resort Hotel

Image
Sarapan pagi

Longan & Ginko sarang burung

Image
Night Market at Hat Yai, Thailand

Ziarah tuan guru Baba Ahmad Mukmawi

Image
Di Ban Mowawe, Pattani, Thailand menziarahi Tuan Guru Baba Ahmad yang baru kembali dari menunaikan ibadah Haji di Pondok Mukmawiyah.

Salam Subuh

Image
 إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati dak.  Surah Taha ayat 14