Posts

Showing posts from January, 2009

Tajol letak jawatan, Najib dilantik Pengerusi Umno Perak

Image
DATUK Seri Tajol Rosli Ghazali ketika tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi. KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat lebih tiga jam, menerima keputusan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkuasa kuasa serta-merta. Kekosongan itu diisi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak pula akan disandang oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Najib dan Zahid hanya akan memegang jawatan itu sehingga akhir Mac ini. Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan pucuk pimpinan pusat Mac ini. Ia merupakan antara keputusan yang diputuskan oleh mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula pukul 9 malam tadi. "Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta, jadi mulai sekarang Datuk Seri Najib adalah Pengeru

DIET ORANG BERPENYAKIT GOUT

Image
*Ayam goreng bersama peria katak goreng (Mengapalah di namakan peria 'katak')

UPDATE ROM WM 6.5 HTC TYTN II

Image

Tajol nafi letak jawatan

Selepas PRU 12 yang lalu beberapa negeri telah di kuasai oleh Pakatan Rakyat. Aku menjangkakan negeri-negeri tersebut akan mendapat Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru dari kalangan pemimpin tertinggi peringkat kebangsaan. Seandainya jawatan tersebut masih dipegang oleh bekas MB atau Pengerusi PErhubungan sedia ada, besar kemungkinan mereka akan gagal dalam melaksanakan tangungjawab mereka. Di Selangor, Khir Toyo secara 'gentlement' meletakkan jawatan dan aku tergambar Dato Seri Mohd Najib akan memangku jawatan tersebut sehingga Perhimpunan Agong UMNO. Aku menjangkakan Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Kedah kecuali Pulau Pinang akan mengambil langkah sama. Aku katakan Pulau Pinang terkecuali kerana aku memahami ego pengerusinya. Apa yang aku fikirkan tidak menjadi kenyataan. Untuk menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO tanpa memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan adalah amat merumitkan. Mereka akan diperlekehkan oleh Ketua-ke

BN PERAK HARUS GESA NASARUDDIN LETAK JAWATAN

Image
PUTRAJAYA : Barisan Nasional (BN) Perak perlu melakukan gerakan besarbesaran bagi menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota Datuk Nasaruddin Hashim meletakkan jawatan berikutan tindakannya melompat parti. Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kemenangan Nasaruddin pada pilihan raya lalu adalah di atas tiket BN, justeru keputusan beliau untuk melompat parti memusnahkan kepercayaan yang diberikan oleh pengundi di kawasan itu. "Jika saya orang Perak, saya akan mula bentuk (gabungan) semua NGO dan ketua kampung sekarang menuntut peletakan jawatannya. BN Perak harus membuat keputusan seperti ini bagi menyedarkan rakyat. "Kita ada beribu cawangan di Perak, cawangan Umno, Putera, Puteri, Pemuda, Wanita semua harus bersuara...Kalau setakat keluar di suratkhabar ia tidak akan memberi kesan," kata Menteri Luar itu kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva

KENYATAAN HUSAM MUSA BERHUBUNG NASIB MALANG MENDIANG KUGAN

Image
Punya lah nak mengambarkan kejamnya polis terhadap bangsa india...sampai sanggup nak menjadi hamba kapir... Ikhlas ke si Husam ni, atau semata mata nak keuntungan politik murahan. Ramai betul opportunist yang mengambil kesempatan atas kematian Kugan suspect penyamun dan pencuri kereta mewah... sungguh beruntung kugan dan saudara-maranya atas keperihatinan 'opportunist2' politik ni.. Sekarang ini jadi penjenayah lagi untung... bila mampos semua respek. Aku harap HUSAM akan dapat menghadirkan diri ke majlis pengebumian mana-mana saspek penjenayah... mulia sungguh penjenayah bernama kugan tu. Semalam, Isnin 26hb Januari 2009 Dato' Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan telah melawat keluarga mendiang Kugan Ananthan di Puchong, Selangor, bersama-sama dengan Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Pas bagi Kota Raja. Lawatan tersebut berlaku serentak dengan lawatan beberapa pemimpin Parti

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KEMATIAN MENDIANG SAUDARA A. KUGAN DAN RANCANGAN PERHIMPUNAN OLEH HINDRAF

Perarakan bersifat perkauman dan provokatif seumpama ini mampu menimbulkan perasaan benci masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Jika ini berlaku, pihak PEWARIS tidak teragak-agak untuk keluar dan berkumpul beramai-ramai menentang perarakan ini. Kami juga sanggup ditahan oleh pihak polis demi mempertahankan keamanan dan kemakmuran di negara ini. PEWARIS adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. Oleh itu, PEWARIS menyeru dan mengingatkan mana-mana parti politik, Badan-badan Bukan Kerajaan atau orang perseorangan agar tidak menjadikan isu kematian mendiang saudara A.Kugan sebagai isu perkauman yang mampu memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah sedia terjalin di negara ini. Adalah diingatkan juga, ahli-ahli politik yang terlibat dan dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Senator bertanggungjawab kepada semua kaum, bukan hanya kepada satu kaum tertentu sahaja. Tugas dan tanggungjawab ini perlulah digalas dengan

EKORAN ISU DERMA LEMBU, KHALID MAHU DEDAH BELANJA BN

Image
Dedah jangan tak dedah. Buat laporan terus kepada SPRM. Nanti kita tengok siapa yang gagap dan siapa bercakap macam lembu. KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau akan mendedahkan dokumen membabitkan perbelanjaan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Beliau berkata, tindakan ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendedahkan dokumen mengenai pembiayaan lembu korban baru-baru ini telah mendorong beliau untuk melakukan tindakan yang sama. Bagaimanapun, beliau berkata dokumen itu akan hanya didedahkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor. "Ini sebab saya belajar daripada dia (Dr Mohamad Khir) tetapi saya akan dedahkan hanya di dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) Selangor... bukan di tempat sembarangan. "Kita mesti hormati OSA (Akta Rahsia Rasmi) kerana kita telah angkat sumpah tetapi saya akan buat (pendedahan) dan saya percaya

ADUN BOTA DARI UMNO SERTAI PKR

Image
Abdullah masih lena dibuai mimpi. Tidak sedar apa yang telah berlaku terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Inilah kesan dari percaturan politik Abdullah, menantu dan Pengerusi Perhubungan UMNO yang rakus mencatur politik mereka sendiri. Mereka tidak peduli akibatnya kepada Agama Bangsa dan Tanahair. PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini. Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi. Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu. Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat. Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006. Nas

LEPAK DI SUNGAI INKI SEMPENA RAYA CINA

Image

Pengawal terima penghargaan

Image
KUALA LUMPUR: "Surat penghargaan yang diterima ini pengiktirafan tertinggi yang pernah diperoleh seumur hidup," kata Hairul Azuan Hamid, 29, Pengawal Keselamatan yang menyelamatkan nyawa seorang bayi yang dibuang dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, kelmarin. Beliau menerima surat penghargaan itu daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini semalam. Hairul berkata, surat penghargaan itu dianggap peristiwa bersejarah dalam hidupnya, malah langsung tidak menyangka akan menerimanya. Menurutnya, dia menerima panggilan kira-kira jam 2 petang hari sama dia menjumpai bayi terbabit. "Sebaik memperkenalkan diri sebagai pegawai dari bahagian Perhubungan Awam IPD Ampang Jaya, saya terkejut apabila diminta hadir ke IPD itu pada keesokan harinya bagi upacara penyampaian surat penghargaan. "Antara rasa percaya dan tidak, saya ke

Campak bayi marahkan isteri

Image
Kalau tak nak anak tu, bagi kat aku. Binatang pun tahu sayangkan anak. Ya Allah comelnya baby ni AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam. Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka. Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju. Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain

KEPUTUSAN PRK P036 - PETI UNDI PULAU KAMBING

Image

Lori bawa Petroleum Petronas Terbalik di Dungun

Image

BERTEMU PENGUNDI DI JALAN HILIRAN

Image
 

JAMUAN RAKYAT DAERAH MENGUNDI PULAU KAMBING MALAM KE2

Image
TUKANG MASAK DIBAWA KHAS DARI PENANG (RESTORAN NASI KANDAR CLEAR)

MELAWAT PETI UNDI PULAU KAMBING (MCA)

Image
BERSAMA MENTERI KERJA RAYA

Di Pulau Kambing bersama Wanita Kota Raja

Image

MESYUARAT JENTERA PILIHANRAYA PUTERI

Image
PETI UNDI PULAU KAMBING

MELALUI SUNGAI SERAI DI TERENGGANU

Image
 - INGATKAN KAT SELANGOR JE ADA NAMA TU

MAKAN AYAM GOLEK BERSAMA PUTERI DI PULAU KAMBING

Image

Makan ikan kerai di Temerloh

Image

MAKAN AYAM GOLEK BERSAMA PUTERI DI PULAU KAMBING

Image

Makan ikan kerai di Temerloh

Image

Dah duduk Terengganu kena dengar lagu ini

Balik dari Kuala Terengganu

Image
Singgah di Gambang

Selamat tinggal Terengganu

Image
Batu Buruk dari bilik

Berkempen di Pulau Kambing bersama Menteri Kerjaraya

Image

Pertandingan tiga penjuru di K. Terengganu

Image
KUALA TERENGGANU 6 Jan. – Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas. BN yang diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.13 pagi. Calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut pula menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.18 pagi. Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.58 pagi. Pengumuman pengesahan pertandingan tiga penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya, Datuk Mat Razali Kassim pada pukul 11.28 pagi.

MELAWAT BILIK GERAKAN BARISAN NASIONAL-SELANGOR

Image

Santai di Permai Inn Kuala Terengganu

Image

MENUJU KE KUALA TERENGGANU

Image
Singgah mkn di Paya Serai Melalui Pantai Cherating

MUDAH.MY

Dapat email balasan dari komen aku pasal iklan berbaur perkauman . Terima kasih mudah.my Dear Kamaluddin, Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Untuk pengetahuan anda,kami menerima lebih daripada 6000 iklan setiap hari di mana iklan-iklan tersebut akan diperiksa dengan seteliti yang mungkin. Semasa proses tersebut, ada sebilangan iklan yang terlepas dari pandangan atau secara tidak sengaja diterbitkan dalam laman web kami. Kemudian, kami akan memeriksa semula semua iklan yang diterbitkan dalam laman web http://www.mudah.my untuk memastikan iklan yang tidak bersesuaian dengan terma dan syarat yang kami tetapkan akan dibatalkan /dikeluarkan dari http://www.mudah.my . Kami sentiasa berusaha agar iklan yang diterbitkan dalam laman web http://www.mudah.my tulen dan bersih dari sebarang isu sensitif dan 'fraud'. Kadangkala, kesilapan manusia juga berlaku sepanjang proses ini di mana kami mungkin tersilap menerbitkan iklan yang tidak sepatutnya diterbitkan. Kam

SELAMAT TAHUN BARU - 'KENDURI GADIS'

Image
KUANTAN: Sekumpulan lima remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikesan memilih cara yang menjijikkan menyambut malam tahun baru apabila menjadikan seorang gadis berusia 16 tahun sebagai 'lauk' untuk kenduri seks di sebuah hotel bajet di Jalan Besar, di sini. Perbuatan terkutuk mereka dikesan sepasukan penguat kuasa agama yang membuat serbuan dalam operasi mencegah maksiat mulai jam 6 pagi di hotel murah sekitar bandar. Difahamkan, kumpulan remaja terbabit berasal dari Kuantan menginap di hotel berkenaan selepas meraikan sambutan tahun baru di bandar ini. Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam (Jaip), Badaruddin Ahmad Bustami, berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia semuda itu sanggup menggadai maruah dengan mengadakan hubungan seks dengan ramai lelaki tanpa memikirkan risiko.

PEMBACA, PELAKON 'BEBAS' TUDUHAN PESTA SEKS,DIREMAN HINGGA AHAD

Image
KUALA LUMPUR Seramai 26 orang termasuk pembaca berita dan pelakon wanita, yang ditahan kerana dipercayai mengadakan parti seks di sini sempena Tahun Baru 2009 awal semalam, tidak akan dikenakan tuduhan berkaitan pesta seks. Sebaliknya mereka telah dirujuk kepada jabatan narkotik untuk tindakan lanjut kerana menggunakan dadah. Mereka termasuk seorang pembaca berita berusia 22 tahun, yang berkhidmat dengan rangkaian televisyen swasta dan seorang pelakon wanita sambilan, yang juga penulis skrip. Kesemua mereka ditahan dalam serbuan polis di sebuah bilik di tingkat 11 hotel empat bintang di Jalan P. Ramlee kira-kira 3.30 pagi semalam. Ketika serbuan kesemua mereka berpakaian lengkap manakala beberapa kondom yang tidak digunakan juga ditemui. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Kominisioner Kanan (II) Ku Chin Wah berkata, kes itu telah dipindahkan ke jabatan narkotik untuk tindakan lanjut kerana dadah ditemui di kawasan kejadian. Ketua Jabatan Narkotik Kuala Lum

PESTA SEKS: PENYAMPAI BERITA, PELAKON DITAHAN POSITIF DADAH

Image
KUALA LUMPUR : Seorang penyampai berita televisyen swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam pesta seks dan dadah sambutan tahun baru di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi. Operasi pukul 3.30 pagi yang diketuai oleh ASP Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat, judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL )itu turut mendapati pembaca berita wanita dan pelakon itu positif dadah. Mahani berkata, serbuan di sebuah bilik di tingkat 11 itu turut menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain dan syabu serta minuman keras. "Kesemua 26 yang ditahan berumur 18 hingga 31 tahun dan sembilan daripadanya iaitu enam lelaki dan tiga wanita positif dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata pembaca berita wanita itu gagal dalam saringan pertama ujian air kencing yang mana didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu. Mahani berkata turut ditahan dalam serbuan itu seo