Posts

Showing posts from November, 2008

Dua kanak-kanak terperangkap dalam runtuhan tanah di Ulu Yam

30/11/2008 1:10pm HULU SELANGOR 30 Nov. – Dua kanak-kanak terperangkap dalam satu runtuhan tanah yang meranapkan sebuah rumah banglo di Ulu Yam dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, ahli-ahli keluarga yang sedang tidur nyenyak ketika itu dikejutkan oleh bunyi kuat di bahagian bilik tidur tersebut. Sehingga pukul 10.30 pagi ini, polis, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih giat menjalankan usaha menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut Kemaskini 30/11/2008 1:11pm HULU SELANGOR 30 Nov. – Tiga anak mangsa yang selamat iaitu Norlisa Azira, 8; Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 4 berjaya diselamatkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan. Pasukan penyelamat menjumpai satu mayat dipercayai anak mangsa yang berumur 9 tahun pada 12.15 tengah hari ini. Lima belas minit kemudian (12.30 tengah hari), mayat kedua yang dipercayai berumur 16 tahun ditemui.

Monorailmengalami gangguan teknikal

Image
Kena tunggu lebih 1 jam untuk meneruskan perjalanan.

Windows 7

Image
Berjaya install Windows 7 beta 6801 pada Fujitsu P1610

Ke KL dalam hujan ribut

Image

SHAHRIZAT AKAN MENENTANG RAFIDAH DIDALAM PEMILIHAN KETUA PERGERAKAN WANITA

Image
Setelah mendengar pandangan dari akar umbi Pergerakan Wanita, akhirnya Shahrizat mengambil ke[utusan untuk bertanding sebagai ketua Pergerakan Wanita. Pelan peralihan yang dicadangkan oleh Rafidah tidak lagi relevan sekarang ini kerana banyak implikasi negatif kepada pelan tersebut. Rafidah sepatutnya bertanding untuk mempertahankan jawatan dan tidak memerlukan kepada pelan peralihan. Sekiranya menang beliau boleh memimpin untuk satu penggal lagi. Difahamkan Rafidah amat berharap pengganti Perdana Menteri akan melantik beliau menjadi menteri selepas ini atas kapisiti beliau sebagai ketua Pergerakan Wanita.

RAFIDAH TOLAK SYOR SHAHRIZAT - MUNGKIN BERTANDING?

Image
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berubah fikiran dalam soal peralihan kuasa dan saingan merebut kerusi Ketua Wanita? Selepas mesyuarat Exco Wanita di sini hari ini, Shahrizat berkata, cadangannya supaya pelan peralihan kuasa daripada Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz kepada beliau dipercepatkan kepada Mac depan ditolak oleh mesyuarat pergerakan itu hari ini. "Cadangan mempercepatkan pelan peralihan kepada Mac semasa Perhimpunan Agung Umno tidak diterima (Tan Sri) Rafidah dan exco, tetapi pelan peralihan seperti yang dirancang pada Jun tahun depan dikekalkan," katanya. Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco Wanita, yang dipengerusikan Rafidah, Shahrizat menjawab empat soalan wartawan. Kepada Bernama selepas sidang akhbar itu, beliau berkata, keputusan exco ialah untuk menerima saranan Rafidah seperti asal di samping menentukan tiada pertandingan untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua pergerakan itu. Shahrizat berkata pada masa yang ...

MUHAMMAD HAMPIR LAYAK BERTANDING

Image
Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang setakat ini sudah mengumpul 37 pencalonan memerlukan hanya dua lagi pencalonan. Kuota kelayakan bagi jawatan Timbalan Presiden ialah 39 pencalonan. Muhammad yang sebelum ini mengumpul sebanyak 30 pencalonan hari ini menambah tujuh lagi pencalonan dari bahagian Kuala Krai, Hulu Langat, Baling, Sik, Sungai Besar, Pensiangan dan Petaling Jaya Selatan. Berdasarkan kepada jumlah bahagian yang akan bermesyuarat esok, Muhammad dijangka tidak menghadapi masalah untuk mencukupkan kuota. Esok, di Selangor sahaja terdapat empat lagi bahagian yang akan bermesyuarat iaitu Kelana Jaya, Tanjung Karang, Hulu Selangor dan Ampang.

Adeq dapat tawaran belajar di UiTM

Image
Nak laptop dengan beg baru:)

Burn - Berpisah bukannyo bacarai

Image
DCarnival Lounge

Hujan di Times Square

Image
Nak balik jalan jam teruk

Celebrating Birthday at dCarnival Lounge

Image
Kek paling sedap yg pernah aku rasa sumbangan pemilik Lounge..

DATO MOHAMED IDRIS KEKAL KETUA UMNO HULU SELANGOR

Image
Dato Mohamed Idris mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor. Bahagian Hulu Selangor mencalonkan Dato Seri Mohd Najib sebagai Presiden dan Muhammad Muhd Taib sebagai Timbalan. Jamaludin Jarjis, Ahmad Zahid Hamidi dan Khaled Nordin mendapat pencalonan Naib Presiden

EUROCOPTER EC-725 - PERBEZAAN MALAYSIA DAN BRAZIL

Kepada yang menyalak kerana tidak dapat tender membekal helikopter untuk Tentera Udara, disini aku turunkan perbandingan spesifikasi yang dibeli oleh Malaysia dan Brazil. Kita bukan hendak beli helikopter pengangkut tetapi heli pelbagai guna. Bayangkan misi menyelamat anak kapal MISC tempohari menggunakan helikopter pengankut. Salah satu sebab kita terpaksa membayar wang tebusan adalah kerana kita tiada kemudahan yang secukupnya untuk mendaratkan pasukan penyelamat keatas kapal. Sekarang pembelian tersebut telah ditangguhkan dan besar kemungkinan nanti harganya akan naik lebih tinggi sekiranya kita ingin membeli helikopter berkenaan. Apayang hendak dihairankan, Perdana Menteri flip-flop. Mengapalah kita mudah terpengaruh dengan cerita-cerita orang yang berkepentingan. Wahai mangkok-mangkok ayun Angakatan Muda Kaldai Sasau, dok canang cerita pasai, Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan har...

NAJIB 112, KU LI 1, MUHYIDDIN 67, ALI 25, MUHAMMAD 19

3.50 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-19 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Pasir Mas yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. ( Read More... | comments? )

SISHA DI DUSUN BAY

Image

CELCOM HSDPA SPEED DI HULU BERNAM

Image

MUKHRIZ 71, KHIR 56, KHAIRY 51

6.15 pm Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir memperolehi pencalonan ke-71 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Temerloh (Pahang), yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua. Razali kini mengumpulkan 91 pencalonan manakala pesaing terdekatnya, exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat 80 pencalonan. 5.00 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-56 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kudat, Sabah, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 80 pencalonan. 5.00 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-55 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sungai Besar, Selangor yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 79 pencalonan. Berita seterusnya

PROSIDING KES LIWAT ANWAR BERJALAN LANCAR

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis berjaya memastikan prosiding kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini. Kawalan trafik menghala ke kompleks itu turut lancar dan tiada jalan yang ditutup. Kira-kira 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan sejak kira-kira pukul 8 pagi bagi mengawal keselamatan di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di pekarangan mahkamah itu. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di Mahkamah Sesyen di sini bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, S.N. Nair pada pukul 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan liwat yang dihadapinya. Mahkamah Sesyen hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap...

MUKTAMAD, NAJIB MENANG TANPA BERTANDING

Image
PETALING JAYA: Sah! Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus mengungguli jumlah pencalonan diterima bagi jawatan Presiden Umno setakat ini, menangani kerusi tersebut tanpa bertanding. Kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang tadi. Dengan kemenangan itu, Najib bakal diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno yang baru apabila Perhimpunan Agung Tahunan dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan. Mengikut tradisi Umno seseorang pemimpin yang dicalonkan perlu menerima pencalonan sebagai syarat bertanding. Dalam kes Najib, kedudukan beliau akan menjadi rasmi Mac depan. Beliau yang juga Menteri Kewangan bertanding jawatan itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya. Malah, Najib yang kini merupakan Timbalan Presiden Umno dijangka menyapu kesemua pencalonan daripada 27 bahagian yang bersidang sepanjang hari ini. Sehingga pukul 2 petang, Najib telah menerima sebanyak 122 pencalonan. Ia meningkat 12 lagi men...

MAHATHIR: UMNO PERLUKAN BADAN PENASIHAT BEBAS PULIH PARTI

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Umno memerlukan badan penasihat khas yang bebas daripada sebarang kepentingan peribadi jika ingin melakukan perubahan positif. "Kita perlu ada badan penasihat, tapi badan penasihat itu perlu tidak mempunyai apa-apa kepentingan diri," katanya dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani sebentar tadi. Namun jelas beliau, jika badan tersebut dipengarahi pihak-pihak tertentu, ia boleh memberi kesan yang tidak baik kepada Umno itu sendiri. "Kalau jadi badan penasihat tapi guna pengaruh yang ada untuk dapatkan sesuatu, ia akan memberikan konflik dan nasihat yang diberikan itu mungkin tidak baik," katanya. Selain itu beliau berkata Umno seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi. "Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan. "Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya m...

NAJIB 112, KU LI 1, MUHYIDDIN 67, ALI 25, MUHAMMAD 19

3.50 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-19 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Pasir Mas yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Isa Samad. Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 90 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (67), Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (51) dan Datuk Syed Hamid Albar (22). Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (11), Datuk Jamaluddin Jarjis (8), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (9), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

MUKHRIZ 69, KHIR 52, KHAIRY 50

2.55 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat dua lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kuala Pilah dan Kota Raja. Dengan ini, Mukhriz kini mendapat 69 pencalonan. Bagi naib ketua, Kuala Pilah dan Kota Raja mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. 2.30 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kini memperolehi 52 pencalonan selepas mendapat empat lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda, sehingga jam 2.30 petang ini. Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Tanjung Malim, Puchong, Kulim-Bandar Baru dan Teluk Kemang. Bagi jawatan naib ketua, Tanjung Malim, Puchong dan Teluk Kemang mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Manakala Kulim-Bandar Baru dan Kota Baru mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Manakala Khairy Jamaluddin pula mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Kota Bharu jumlah jumlah pencalonan untuk ahli Parlimen Rembau itu ialah 50 setakat ini.

NAJIB 95, MUHYIDDIN 62, MOHD ALI 21, MUHD TAIB 14

4.40 pm Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing mendapat satu lagi pencalonan bagi jawatan timbalan presiden. Mohd Ali dicalonkan oleh bahagian Kuala Kangsar manakala Muhd Taib dicalonkan oleh bahagian Petaling Jaya Utara. Dengan itu, Mohd Ali kini mengumpul 21 pencalonan manakala Muhd Taib mendapat 14 pencalonan. Bagi naib presiden pula, Petaling Jaya Utara mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kuala Kangsar pula mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (79), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (54), Datuk Shafie Apdal (44), Datuk Khaled Nordin (46), Datuk Syed Hamid Albar (20), Datuk Rais Yatim (8), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (7), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) ...

KHIR LEPASI QUOTA PERTANDINGAN

26/10/2008 4:00pm SHAH ALAM 26 Okt. - Bekas Menteri Besar Selangor , Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini melepasi kuota pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan Mac depan. Beliau yang sebelum ini memperolehi 38 pencalonan, hari ini mendapat dua lagi pencalonan iaitu daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Balik Pulau. Mengikut syarat calon jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO perlu memperolehi sekurang-kurangnya 39 pencalonan.

SNIPPETS - FROM TUN DR MAHATHIR BLOG

Anwar Ibrahim memang seorang pembohong, sanggup membohongi pengikut KELDAIAN yang buta hati. Bayangkan seandainya Tun tiada lagi, aku rasa lebih banyak pembohonganakan dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Sudah lah Anwar, tinggal berapa kerat lagi pengikut kaki jubur yang masih mahu mendengar pembohongan. Jangan terkejut satu hari nanti Anwar pula akan dibohongi oleh pengikut beliau. INTERVIEW 1. I was interviewed by the BBC on the current financial turmoil and over management of the currency crisis in 1997 - 98. 2. I was amused when he attributed the pegging and the elimination of CLOB (Central Limit Order Book) to Dato Seri Anwar Ibrahim. I asked him whether he was given this information by Anwar. He did not answer. 3. Of course I did not do everything by myself. I had a lot of help from others. But Anwar was not one of them. He, many will remember, was the Minister of Finance who implemented the IMF strategy without the IMF with disastrous results. Read more

ZAID LEPASKAN JAWATAN SENATOR

Image
Itulah yang sebaik-baiknya untuk orang yang tiada pendirian seperti Zaid. PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah melepaskan kedudukan sebagai anggota Dewan Negara beberapa minggu selepas meletakkan jawatan Kabinet September lalu. Zaid, yang pernah secara terbuka mengkritik penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mendedahkan perkara tersebut pada satu seminar di ibu negara semalam.

MAHKAMAH BEBASKAN RAZAK BAGINDA

Image
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri. Mahkamah menetapkan 10 November ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri. Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Oktober tahun 2006. Manakala Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu. Mayat Altantuya telah diletupkan dan cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam. ...