Posts

Keputusan PRK N11 Ijok - 8:45 Malam

Image
Semua tempat pengundi Melayu kalah kecuali Setaia Jaya (Jagaan Hulu Selangor/Puchong/Serdang :-) ) Sungai Darah dan Bukit Badong Menang atas bantuan Pengundi India. Undi Kawasan India nampak solid memihak kepada BN. Ada kemungkinan kawasan Majoriti India, yang menyokong PKR adalah pengundi Melayu.

Tersasul ke bang

Pertarungan Sengit Antara BN Dan PKR Di DUN Ijok

KUALA SELANGOR, 27 April -- Walaupun hanya beberapa jam saja lagi akan berlangsung proses mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hakikatnya hingga saat ini belum ada tanda-tanda jelas apakah calon Barisan Nasional atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan meraih kemenangan. Masing-masing mendabik dada dan yakin mampu untuk memenangi hati pengundi dan akhirnya akan muncul sebagai parti paling layak untuk memimpin rakyat di kawasan itu apabila keputusan pengundian diumumkan malam esok. Menurut perkiraan atas kertas, BN mempunyai kelebihan untuk memenanginya sekali lagi sama seperti pada empat pilihan raya kecil lain -- di Kuala Berang (Terengganu), Pengkalan Pasir (Kelantan), Batu Talam (Pahang) dan terakhir kira-kira dua minggu lepas di Machap, Melaka, diadakan selepas pilihan raya umum 2004. Tetapi ini lain jadinya berikutan PKR dengan bantuan tidak langsung daripada parti pembangkang PAS dan DAP mencetuskan pertarungan paling sengit dan panas dalam mana-mana s...

KHALID YANG SEMAKIN TERSEPIT!!!

Khalid Ibrahim, calon PKR hari ini berceramah di perkarangan masjid Simpang Tiga Ijok selepas solat Jumaat sebentar tadi sekaligus mengengkari arahan DYMM Tuanku Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk berkempen politik. Dalam ucapannya, beliau meminta pengundi Islam mengundi beliau kerana dia calon Islam. Orang yang datang ke masjid itu ialah untuk bersembahyang, bukan mendengar ceramah politik. Para jemaah itu terdiri dari ahli pelbagai parti termasuklah UMNO. Masjid sepatutnya menjadi tempat orang Islam bercakap soal perpaduan, bukan menanam kebencian berasaskan politik kepartian. Perbuatannya ini memecahbelahkan masyarakat setempat dan amat merbahaya. Khalid tidak peduli semua itu. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur selepas 28 April walaupun penduduk Ijok akan bercakaran sesama sendiri pilihanraya kecil itu. PKR juga mengedarkan VCD dan pelbagai phamplet parti dalam masjid. Untuk mengelakkan orang ramai keluar, sebuah kereta yang dipercayai milik penyokong PKR diletakkan d...

Simpati Najib Kepada Khalid

KUALA SELANGOR, 27 April -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "bersimpati" dengan calon pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya masih sayang kepada Barisan Nasional (BN) dan sukar menghilangkannya dari hati walaupun kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan raya Dewan Undangan negeri (DUN) Ijok. Katanya ucapan 'luar sedar' Khalid hingga "tersasul" berkempen untuk calon BN jelas menunjukkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu masih sayang kepada BN walaupun kini berdiri di atas platform PKR dan akan bertanding menentang calon BN, K Parthiban, 38. "Dia tersasul kerana dalam hati dan jiwanya, dia masih tidak dapat lupa bahawa BN banyak berjasa kepadanya. Sebab itu dalam kepalanya susah nak hilangkan perasaan (sayang) pada BN itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Bukit Badong Timur, di sini, hari ini. Ketika berucap d...

Mahkamah Rayuan isytihar pemecatan Anwar sah

Lepas ni apa lah temberang aljub.. tu di Ijok PUTRAJAYA 25 April — Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Kabinet sembilan tahun lepas dilaksanakan secara sah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh kerana kuasa melantik dan memecat menteri terletak pada Perdana Menteri, demikian Mahkamah Rayuan memutuskan hari ini. Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Mohamed Raus Sharif dan Datuk Heliliah Mohohamed Yusof membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan Anwar supaya pemecatannya daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan. Raus, dalam penghakiman 19 halaman, berkata, surat pemansuhan pelantikan Anwar sebagai menteri Kabinet, dikeluarkan Dr. Mahathir pada 2 Sept 1998, mematuhi Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan oleh kerana itu merupakan bukti lebih daripada cukup untuk menunjukkan formaliti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemansuhan telah dilakukan oleh be...

Pengundi Hantu Konon....

Image
Tengok sini Orang kawan dgn setan memang suka mencari hantu. Banyak sgt blog yang mempertikai no IC bermula 90. Atok dorang dah lama tak de, tu sebab tak tahu perkembangan pasal no IC ni. Datang lah ke Ijok cari orang tu sekarang. Jangan buat modal bila dah kalah nanti. Atok Yanti pun IC bermula 90 masih hidup, bila Yanti tanya berapa umur atok sebenar dia kata sama tua dengan pokok kelapa depan rumah tu. Faham maksud  Yanti.. dulu mana ada birth cert tarikh kelahiran sebenar. JPN letak 90 sahaja (bermaksud tahun 1900. Kalau 99 bermaksud 1899. Pernah tengok ic datok atau moyang korang tak...

Ujian DNA sahkan anak Altantuya anak dengan bekas suami rakyat Mongolia

Ini salah satu E-Joke puak KELDAIAN sebab apa kena mengena Altantuya dengan Ijok. KUALA LUMPUR 23 April — Ujian DNA terhadap anak ketiga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh di negara ini, mengesahkan anak itu adalah hasil perkahwinan model berkenaan dengan bekas suaminya, seorang lelaki warga Mongolia. Menurut sumber polis, pengesahan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya anak lelaki Altantuya itu, yang dikenali sebagai Altanshagai Munkhtulga, 4, adalah hasil hubungan sulit wanita itu dengan seorang rakyat Malaysia. “Ia sudah disahkan melalui ujian DNA, kanak-kanak itu adalah anak yang sah daripada perkahwinan Altantuya dengan seorang lelaki warga Mongolia,” katanya di sini hari ini. Konsulat Kehormat Mongolia di sini, Datuk Syed Abdul Rahman Al- Habshi ketika dihubungi hari ini berkata, pada Mac lalu, satu pasukan polis Malaysia telah pergi ke Mongolia untuk mengambil sampel DNA anak Altantuya dan hasil analisisnya memang mengesahkan bahawa anak itu tiada ...

Ijok, E-Joke dan KELDAIAN

Image
Malam tadi ronda-ronda ke seluruh DUN N11 Ijok. Puas pusing cari pokok Ijok yang kononnya menjadi sumber kepada nama Ijok. Sebenarnya pokok ijok tidak pernah wujud dan nama Ijok diambil dari bahasa jawa yang bermaksud hijau. Yanti bukan orang jawa tapi keturunan minang, orang kata minang dengan jawa dulu-dulu tak ngam dan 'minang' itu sendiri bermaksud menang kerana kemenangan laga kerbau dengan jawa. Ala itu dulu lah. Bila sebut pasal hijau, teringat pula PAS tidak bertanding disini tetapi mereka berkempen membantu parti E-Joke KELDAIAN. Mengapa Yanti kata parti KELDAIAN ini E-Joke... Sebab mereka sebenarnya bertanding bukan untuk menang tetapi sekadar untuk berceramah dan menyampaikan lawak jenaka parti KELDAIAN mereka. Ijok akan menjadi E-Joke kepada parti KELDAIAN pada 28 haribulan nanti. Lama sanga rasanya berada di E-joke ni. Di Batu Talam 2 minggu tak terasa dan di Machap 10 hari rasa macam 3 hari. Di E-joke rasa macam sebulan berada disini.

10 Faktor Kemenangan BN di Ijok

Walaupun parti-parti politik yang bertanding mengatakan mereka akan menang, namun adalah sukar untuk membuat ramalan keputusan dalam mana-mana pilihanraya kecil sehinggalah pada beberapa hari terakhir menjelang pengundian. Itulah juga yang dapat dikatakan mengenai peluang Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding dalam pilihan kecil N11 DUN Ijok, Selangor. Pada 28 April ini, 12,272 orang pengundi berdaftar pelbagai bangsa akan berpeluang untuk membuat pilihan. Merekalah yang menjadi penentunya. Adakah mereka akan memilih aktivis sosial dan seorang bekas pendidik muda berusia 38 tahun, ataupun seorang pencen berusia 61 tahun yang bergantung kepada rekodnya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi membantu orang Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Sebagai sebuah parti yang memegang kerusi ini sebelum kematian Dato' K Sivalingam, Barisan Nasional ingin terus mengekalkan pegangan kerusi tersebut. Kejaya...

PRK N11 Ijok - ABD KHALID BIN IBRAHIM

Image
Kad Pengenalan : 461214105273 / 0556617 Nama : ABD KHALID BIN IBRAHIM Jantina : LELAKI Lokaliti : 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2 Daerah Mengundi : 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16 DUN : 105 / 34 - BUKIT GASING Parlimen : 105 - PETALING JAYA SELATAN Negeri : SELANGOR Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my Parti KELDAIAN

PRK N11 Ijok - Kebebalan Ucapan Anwar Ibrahim

Image
"Dia (Najib) kata saya serang peribadi (dalam kes Altantuya).Saya bukan serang peribadi, saya cuma minta dia jawab samada kenal atau tidak Altantuya? Kenapa orang kanannya (Think Tank Najib), Abdul Razak Baginda boleh terlibat?. "Kenapa dua anggota unit tindakan khas (UTK) boleh terlibat dan kenapa boleh bahan letupan C4 yang ada tertulis Kementerian Pertahanan digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu?.Saya tidak tuduh, kenapa dia nak marah," katanya sambil disahut dengan tepukan gemuruh kira-kira 800 kaum Tiong Hua yang menghadiri jamuan makan malam bersama Anwar di Simpang Tiga Ijok dekat sini malam tadi. Anwar mengulangi cabarannya ke atas Najib supaya TPM itu menyaman beliau sekiranya mendapati apa yang disebutnya adalah satu penipuan. Bahagian Mana paling melucukan dalam ucapan Anwar ini? Suruh Anwar tu beli mercun ... pastu hang cucuh dan cari residue dia .. Boleh nampak ka MADE IN CHINA . Yang tahu mungkin tukang cucuh mercun tu made in mana-man...

PRK N11 IJOK - Insiden yang tidak di ingini ketika proses pernamaan calon

Insiden baling membaling botol dan kayu sehingga FRU terpaksa campurtangan. 3 insiden. Keldaian ni memang takde kerja lain, fanatik nak mampos. Kat Lunas buat hal. Tiap kali kalau Keldaian bertanding, mesti isu politik kaum akan timbul, undi ikut kaum mesti timbul. Lepas tu keganasan kerap berlaku. Pergaduhan antara penyokong parti. Semasa di Machap dimana DAP bertanding tidak pula berlaku sebegini Ini agenda siapa ni ? Tiap tiap kali mesti parti Keldaian.

PRK N11 IJOK - Berita II

Hak kerajaan laksana pembangunan bila-bila masa IJOK 18 April – Kerajaan berhak melaksanakan kerja-kerja pembangunan, seperti pembaikan dan penurapan jalan pada bila-bila masa demi kepentingan rakyat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu. Thirumoorthy kembali sokong calon BN IJOK 18 April – Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, P. Thirumoorthy yang mengumumkan hasrat meletakkan jawatan kelmarin kerana kecewa tidak dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hari ini kembali menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), K. Parthiban. Khalid dakwa pembangunan di Ijok lambat KUALA LUMPUR 18 April – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini menyertai parti pembangkang berkata, beliau mengambil keputusan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Ijok dengan alasan kawasan itu masih ketinggalan daripada segi pembangunan. DAP beri laluan kepada PKRR KKUALA LUMPUR 18 April – ...

Pertandingan Satu Lawan Satu BN Dan PKR Di Ijok

Image
SATU LAWAN SATU… Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok K.Parthiban dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) bersalaman selepas penamaan calon di dewan orang ramai Batang Berjuntai. Foto: Razali Nordin KUALA SELANGOR, 19 April -- Barisan Nasional (BN) dicabar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertandingan satu lawan satu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, pada 28 April ini. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Haris Kasim mengumumkan bahawa calon BN K. Parthiban dan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya dua pencalonan diterima. Ini adalah cubaan kedua PKR setelah calonnya Abdul Rahman Moharam tewas kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk K. Sivalingam pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 1,649 undi. Ketika membuat pengumuman mengenai pertandingan bagi pilihan raya kecil itu di pentas khas di luar Dewan Orang Ra...