Buah Sukun Sukun (Jawi: سوكون), kulur (Jawi: كولور) atau nama saintifiknya Artocarpus altilis ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraceae serumpun dengan nangka dan cempedak. Pokok sukun dipercayai berasal dari Asia Tenggara tersebar ke Polynesia; ia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain bahkan juga tersebar ke Caribbean dan Amerika Selatan dibawa para pelayar Barat menjajah Dunia Baru. Faedah kesihatan Breadfruit adalah sumber serat yang baik yang membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa. Buah ini juga merupakan sumber vitamin C, K, E, folat, niasin, riboflavin dan asid pantotenik yang baik, ini berfungsi dalam mengekalkan dan meningkatkan sistem imun dan integriti badan. Buah sukun kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau rebusam. Sukun juga boleh dijad