Posts

Cendawan Telinga Kera

Image
Nama saintifik: Auricularia auriacula Nama biasa: Telinga jeli, telinga kera atau cendawan hitam Apakah cendawan telinga kera? Telinga kera adalah kulat yang tumbuh pada pokok yang reput dan pada dahan yang tumbang. Telinga kera berbentuk cawan dengan penutup tebal, licin, beralun dan hampir tiada batang.  Warna menjadi hitam dan rangup selepas kering. Apakah faedahnya? Telinga kera hitam mengandungi zat besi yang jauh lebih tinggi daripada semua sayur-sayuran, daging dan dua kali ganda jumlah kalsium daripada susu. Telinga kera hitam boleh meningkatkan kecairan darah dan meningkatkan peredaran. Telinga kera hitam berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, dan mungkin tahap kolesterol LDL. Maklumat tambahan: Orang yang mempunyai penyakit hemoragik atau wanita hamil harus mengelakkan pengambilan berlebihan. Telinga kera perlu dimasak dengan baik, untuk meningkatkan penyerapan serat dan polisakarida. Telinga kera itu sendiri tidak mempunyai banyak rasa tetapi menyerap rasa bahan-bahan la

Jujube - Kurma Merah @ Chinese Dates 紅棗

Image
Nama biasa: jujube, Chinese date, Korean date, etc. Dalam bahasa Cina: 紅棗 (Mandarin: hong2 zao3/ Cantonese: hung4 zou2) Apakah kurma merah ? Kurma merah adalah daripada keluarga botani Buckthorn.  Ianya telah ditanam di China selama lebih daripada 4,000 tahun. Terdapat sekurang-kurangnya 400 jenis dari segar hingga kering yang mencapai tekstur kenyal.  Kurma merah telah dilabelkan sebagai "raja kacang" kerana kaya jumlah nutrisi yang mengandungi tujuh puluh hingga lapan puluh kali lebih tinggi Vitamin C berbanding anggur dan epal. Kurma merah boleh memindahkan kolesterol berlebihan ke dalam asid hempedu, sekali gus mengurangkan kebarangkalian pembentukan batu karang. Adakah terdapat sebarang faedah kesihatan ? Dalam perubatan Cina dipercayai kurma merah boleh membantu; Tonifikasi darah: Kurma merah boleh menguatkan "qi" limpa dan perut yang membantu mencerna makanan, menguatkan darah dan menenangkan fikiran. Memperbaiki insomnia: Kurma merah adalah baik untuk oran

Buah Ciku

Image
Khasiat Buah Ciku Mempunyai antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria dan antiparasit. Ciku jua sesuai untuk buasir dan cirit-birit. Mempunyai Vitamin C sebanyak 24.5 peratus per 100 gram selain dari mengandungi Vitamin A . Keduanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas Serat yang ada didalam buah ciku dapat membantu dan menjadi ubat yang baik untuk sembelit. Selain itu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser Jika buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga , asid folat dan niasin. Sebatian ini membantu dalam proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh Buah ciku turut mengandungi antioksidan, boleh membantu menurunkan paras kolesterol, menurunkan paras gula darah, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi hati dan mata. Bagi daun ciku pula, daun tumbuhan ini berpotensi mencegah kanser, mengurangkan keradangan dan membantu merawat demam. Zaman kanak² dulu suka bersihkan buah ciku dan

Jujube @ Red Dates

Image
Mengenali apa yang kita makan sempena kedatangan Ramadhan. China red dates (kurma merah) atau Jujube memiliki rasa manis antara super food memiliki pelbagai khasiat. Ianya bahan utama dalam kebanyakan perubatan tradisional Cina. Pokoknya bukan lah macam pokok kurma tapi pokok renek biasa. Macam bidara. Aku suka makan raw yg kering (yg fresh mana nak cari?) atau bubuh dalan tea untuk memaniskan. Pengetahuan tambahan: Jujube bagus untuk  pesakit diabetis kerana mengandungi 3 kali lebih banyak fiber berbanding pisang. Kajian klinikal Parvin Mirmiran, University of Medical Sciences, Tehran, Iran juga mendapati jujube mampu mengawal diabetes.

Kurma @ Dates

Image
Mengenali apa yang kita makan sempena kedatangan Ramadhan. Kurma masa putik dipanggil Hababauk, masih muda Kimri, yg tua Khalal, dah masak Rotab, yang kering Tamar. Aku tahu nama ni tahun 1988. Bukan zaman Internet. * Gambar di bawah peringkat Khalal (tua) dan rasanya kelat² manis. Ada seakan² rasa ciku belum berapa masak. Peringkat buah mula dipetik.

Makan lele

Image
Musim berangin ini tekak nak makan kudap kudap ringan je. Tak selera makan berat-berat. Tapi memandangkan diri sendiri kena sedar maka kita ratah lele je untuk dinner malam ini.

Vitamin D secara alami

Image
Vitamin D: Salah satu vitamin D Allah bagi free cuma perlu bersyukur, cahaya matahari pagi. 9rang dulu sihat sebab pagi² dah bekerja di luar bermandi cahaya matahari. Bukan sebab makan herba atau petua² tertentu. Kesan kekurangan vitamin D boleh juga menyebabkan masalah koronari atau jantung. Kena panas sikit merungut, kalau boleh tutup semua yang tembus cahaya.

Makan tapai mana ada kelas kan?

Image
Tapai ubi mengandungi banyak probiotik yang baik untuk tubuh badan kita. Kenapa susah² nak beli supplemen? Dalam tempe pun ada. Banyak makanan nusantara tinggi kandungan prebiotik. Ada yg mengatakan tapai juga boleh menghambat sel kel kanser tapi perlu kajian lanjut. Dalam usus kita ada macam² mikrobiotik. Salah satunya probiotik. Antara peranan probiotik: 1. Memperkuat sistem kekebalan tubuh. 2. Melancarkan sistem pencernaan. 3. Memecah dan menyerap obat. 4. Membentuk vitamin. Antara Khasiah tapai: 1. Kaya dengan sumber probiotik 2. Prebiotok dihasilkan tapai membantu melancarkan sistem penghadaman 3. Membantu menguatkan tulang dan gigi kerana tapai mengandungi mineral seperti kalsium dan fosforus yang tinggi. 4. Membantu menstabilkan suhu tubuh badan. Orang yg demam elok ambil tapai 5. Membantu memberi tenaga kepada tubuh badan kerana membantu menguraikan lemak dan kolesterol dalam tubuh badan dan ditukarkan menjadi tenaga. 6. Thiamin dalam tapai Membantu memperbaiki sistem neuron da

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke WTC

Image
02 Oktober 1998 Zahid Hamidi di 'paksa' letak jawatan Ketua Pemuda UMNO oleh Mahathir. Sebelum itu Anwar dilucut keahlian. Hishammuddin di lantik memangku Ketua Pemuda. Zahid menang Ketua Pemuda tahun 1996. Zahid menewaskan Annuar Musa, Rahim Tamby Chik, Isa  Samad & ahli biasa Rahman Salleh. Naib Ketua Pemuda Hishammuddin menewaskan Abdul Fatah Iskandar dari Team Zahid (masa tu aku penulis teks ucapan dia sebelum diambil alih oleh Zien Isma secara .... hahaha). Abdul Fatah walaupu kalah, beliau dilantik oleh Zahid menjadi pengerusi Majlis Penerangan (Ketua Penerangan) Korang tanya Soohaimi Abdul Rahman atau Johari Baharom, dia mesti kata aku penyimpan sejarah Pemuda. Aku boleh ingat siapa dikalangan Pemuda yang jadi Wakil Rakyat sepenggal dsbnya. Banyak lagi cerita yang aku tak de saksi hidup. Sebab yang tahu dah meninggal, tak syok nak cerita. Seterusnya... apa yang berlaku sekarang (hari ini mungkin 7 February 2023) korang lebih tahu rentetan cerita aku diatas.

Hebatnya maksud kalimah duduk antara 2 sujud

Image
Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut,  Rasulullah  SAW  mencontohkan  kepada kita, menurut logiknya  do'a tersebut pasti terkabul dan diterima oleh Allah SWT.          ".... Amin ....." Terkadang  yang menjadi persoalan, dimana  hati dan fikiran kita, ketika kita membaca do'a itu dan kita tidak hafal arti serta maknanya.? Padahal  do'a tersebut sangat hebat,dan masih banyak orang sering terburu-buru  yang  sepatutnya perlu tuma'ninah dengan  menghayati  benar-benar meminta kepada Allah SWT. Jika Baik dan Benar Panjang2 kan S EMOGA  BERMANFAAT

Alignment gear basikal dah lari

Image
Kena cari basikal baru. Minat dengan Java folding bike.

Langit mendung

Image
Baru cadang nak lepak diluar tengok lampu malam ni... Langit mendu petanda hujan. Kita lepak Karaoke je lah. Lama tak berduet 😁

Lepak belakang rumah

Image
Jika langit ada awan untuk dirindukan, Maka aku ada kamu untuk diperjuangkan. 😁

The Power of Miracle Berry for the Diabetic

Image
Are you or someone you know diabetic? When was the last time you ate something guiltlessly without watching out for your sugar levels? In this article, we briefly explain what Miracle Berry (Synsepalum dulcificum) can do for diabetic people. How Insulin Works for Diabetic People Each time you eat food, it passes through the stomach. It is later digested in the intestines where it is further broken down into what we call glucose. Glucose is the simplest type of sugar which is an important source of your energy. After it is absorbed, it enters your bloodstream. Now, each cell a receptor that acts like the door that allows glucose to enter. This door will remain locked until the key arrives to unlock it. This key is called insulin. In the presence of insulin, this door opens and glucose can freely enter the cell to fuel your body's everyday activities. Here's the hard part. With diabetes, glucose is blocked from passing the door and entering the cell because you lack the key, insu

MEMBEBEL sambil MAKAN kuih talam tepung beras

Image
Kuih tradisi Melayu tak ada satu pun guna tepung gandum. Dulu² tepung talam tak ada secubit pun tepung gandum dan di nusantara mana ada tanam gandum. Bila dah dikomersialkan, guna tepung gandum untuk jimat kos. Maka resepi itulah dipegang sampai sekarang sebagai resepi asli. 'ayat yg aku sendiri dengar tahun 70an... "Mana nak untung guna tepung beras, campurlah tepung gandum" kata penghasut kepada peniaga kuih traditional. Kek Minangkabau sampai kinin ko di panggi talam tapung bareh, Siapa yang bantah, maknanya diorang baru lahir atau tak campur masyarakat di tahun 60an & awal 70an 😂 Sekarang ni aku tak sentuh tepung talam yg orang melayu buat, kalau kue nyonya aku makan sebab aku ada masalah gluten intolerance. Tepung gandum terlalu banyak buruk dari baik. Baiknya sebab murah dan ada subsidi. Aku sokong kalau ditarik subsidi.