10 menafaat kesihatan dengan menambah lebih banyak Kailan dalam diet 1. Sangat bagus untuk penghadaman. Sayuran berdaun hijau berserat, kailan bagus untuk membantu penghadaman dan eliminasi. Jangan buang batangnya, yang merupakan sumber yang kaya prebiotik, yang merupakan makanan untuk mikrobiom anda. 2. Tinggi kandungan zat besi. Zat besi sangat penting untuk kesihatan, terutama bagi wanita, karena membantu pembentukan hemoglobin dan enzim, mengangkut oksigen ke berbagai bagian tubuh, membantu pertumbuhan sel, fungsi hati yang bersesuaian, dan banyak lagi. Ingin meningkatkan jumlah zat besi kailan lebih tingg lagi? Masak dalam alatan memasak besi, dan diganding dengan makanan yang kaya vitamin C. 3. Tinggi kandungan Vitamin K1 Vitamin K1 dikenali sebagai vitamin 'pembekuan' kerana ia membantu memastikan mekanisme pembekuan darah badan berfungsi dengan sihat. Vitamin K2, mengaktifkan 17 protein. Sebagai contoh, vitamin K2 mengaktifkan protein yang dipanggil osteocalcin, y...