Posts

[VIDEO] Penjual mangga India

Image
 Jual murah, boleh lah cuba. Rasanya belum tahu lagi RM5 sekilo.

Sebab apa aku amalkan Intermittent fasting & LCHF

Image
Bila kita berada dalam ketosis, ada banyak lemak tersimpan yang boleh diakses oleh badan anda untuk menjana tenaga. Lapar hanya berlaku jika badan kita tidak dapat mengakses lemak yang tersimpan atau tidak cukup lemak. Bukti mengaitkan fasa awal puasa atau diet rendah karbohidrat dengan situasi well-being & mild euphoria. Situasi ini sering dikaitkan dengan ketosis, penghasilan keton badan ini boleh menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga untuk otak. Sebab tu orang yang amal diet high fat low carbohydrate otaknya lebih cerdas dan tak diganggu saka. Jadi mana datang kata menyebabkan kenaikan kolestrol atau lemak dalam badan? Mungkin lah ada sikit percezaan IF dan pemakanan orang yang bermasalah kesihatan dengan yang sihat. Gambar mungkin tak ada kena mengena.

Lunch pisang abu

Image
Pisang abu biasa orang buat goreng. Aku je buat makan tengahari 😂 -- http://din.huluselangor.net

Korang kata orang sekarang dah cerdik

Image
Orang cerdik tak main sentimen. Orang cerdik guna akal dan strategi untuk survival agama, bangsa, negara dah partinya. Masih bingai rupanya. Masih dengan doktrin lapuk. -- http://din.huluselangor.net

Nescafe kedai kopi Cina

Image
Aku dari zaman kanak-kanak dah minum nescafe di kedai China. Kerling kedai Botak. Kalumpang kedei Ah Soon atau Ah Chai. Baru betul minum nescafe ada rasa pahit nescafe dan masin2 ditambah garam secubit, susunya sesudu je. Kat kedai mamak susu nescafe bukan nescafe susu 😂 Kopi butter korang pernah minum? Sekarang dah jadi popular di kenalkan semula oleh coach diet, Aku dah jadi minuman harian tahun 60an & 70an. Bab ni aku cerita kemudian -- http://din.huluselangor.net

Lamang @ lemang.

Image
Kalau dulu² asal ada orang jual lemang mesti urang awak sebab lemang origin dari Minangkabau. Sebab tu lemang dimakan bersama rendang yang juga origin dari Minangkabau. Tahun 60/70an kalau di KL orang cari lemang di Gombak atau Paya Jaras. Yang berniaga lemang di Kampung Baru atau Jalan Raja Alang biasanya orang Paya Jaras. Rendang tok atau rendang hitam sejarahnya orang tak makan dengan lemang ok! * Siapa yang komen cakap pasal kolestrol, aku blok walaupun ko tu dietician atau doktor perubatan 😁 Tang nana kolestrolnya? 

Kopi baik untuk kesihatan

Image
Betul ke ni? Tapi kopi kan banyak keburukan? Sebenarnya tak semua tahu yang minum kopi ni banyak sangat khasiat berbanding keburukan. Ini  antara 5 kebaikan minum kopi yang ramai tak tahu. Tak nak percaya korang punya pasal. 1.   Membekalkan tenaga serta meningkatkan daya pemikiran dan kekal fokus Kafein, yang sangat bagus untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Selain itu, kafein juga membantu meningkatkan daya pemikiran kerana ia akan membuatkan sel-sel otak bekerja. 2. Mengurangkan risiko menghidap penyakit Diabetes Tahap II ( yang dah kena lain cerita) Ada kajian yang telah dijalankan di negara barat menunjukan bahawa orang yang banyak minum kopi mempunyai risiko hampir 23 sehingga 50 % rendah berbanding orang yang tidak minum kopi secara harian.  3. Mengelakkan kemurungan dan kesedihan Dalam satu kajian yang dijalankan di Harvard pada tahun 2011, wanita yang mengambil 4 atau lebih cawan kopi sehari, mempunyai risiko 20% lebih rendah untuk mempunyai masalah kemurungan ...

Beijing grass

Image
Amalan setiap pagi jus rumput. Yang tahu je apa kegunaannya. Banyak yang dah togel dikerjakan ayam.

Mood ke laut, terapi pagi ini

Image
Sent from my iPhone

Tea Da Hong Pao, mengapa ia yang paling mahal di dunia

Image
Da Hong Pao Tea Teh Da Hong Pao Cina ialah teh batu Wuyi yang ditanam di wilayah Fujian paling terkenal kerana itu ia boleh menjadi sangat mahal. Kenapa harganya mahal Kosnya yang tinggi pada masa lalu mewajarkannya dengan fakta bahawa pokok terbaik yang menghasilkan tea tersebut hanya tinggal 6, dan semuanya hanya ada di tebing jurang Jiulongyu. Pemuliharaan pokok Pada tahun 2006, pokok-pokok ini telah diinsuranskan oleh kerajaan bandar Wuyi dan pada tahun yang sama adalah dilarang bagi sesiapa sahaja untuk menuai teh secara persendirian daripada pokok itu. Salah satu kumpulan teh terakhir yang dituai dijual dengan harga mencecah rekod $28,000 bagi 20 gram. Menafaat dari meminum tea ini Teh Da Hong Pao mengandungi, antara lain, kafein, flavonoid, dan polifenol teh yang membolehkan pelbagai kesan brmenafaat. Teh Da Hong Pao akan membantu mengurangkan keletihan fizikal, melancarkan peredaran darah dan mengatasi pengekalan air dalam badan. Teh ini juga akan membantu mengurangkan kesan ne...

Berbuka puasa di AlRawsha Jalan Kampung Pandan

Image
Dah selalu pergi pun tersesat masuk terowong Smart. Mungkin kerana keghairahan nak makan lamb mandy. Sampai dah hampir waktu berbuka puasa. Ajak dia makan tapi orang lain yang belanja 😔

Buah kabung hanya popular di bulan puasa

Image
Buah kabung yang sudah siap dimasak bersama sirap. Buah kabung adalah buah tanpa rasa. Pengolahannya membuatkan ianya enak dimakan. Biasanya akan dicampurkan dengan air batu campur, cendol dan lai chi kang. Proses menghasilkannya amat rumit apabila memerlukan buah yang cukup matang untuk direbus selama beberapa jam bagi menghilangkan getah pada buah tersebut. Selepas itu, buah berkenaan perlu dikupas, direndam dan dibilas isinya yang seakan buah laici sebelum dimasak bersama sirap atau pandan. Buah yang juga dikenali sebagai beluluk di negeri ini amat laris jualannya dan hanya popular ketika Ramadan untuk dijadikan juadah pencuci mulut ketika berbuka puasa. Pengemar buah kabung kebanyakannya dari golongan orang lama dan biasanya akan dicampurkan dengan air batu campur, cendol dan lai chi kang.

Cendawan Telinga Kera

Image
Nama saintifik: Auricularia auriacula Nama biasa: Telinga jeli, telinga kera atau cendawan hitam Apakah cendawan telinga kera? Telinga kera adalah kulat yang tumbuh pada pokok yang reput dan pada dahan yang tumbang. Telinga kera berbentuk cawan dengan penutup tebal, licin, beralun dan hampir tiada batang.  Warna menjadi hitam dan rangup selepas kering. Apakah faedahnya? Telinga kera hitam mengandungi zat besi yang jauh lebih tinggi daripada semua sayur-sayuran, daging dan dua kali ganda jumlah kalsium daripada susu. Telinga kera hitam boleh meningkatkan kecairan darah dan meningkatkan peredaran. Telinga kera hitam berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, dan mungkin tahap kolesterol LDL. Maklumat tambahan: Orang yang mempunyai penyakit hemoragik atau wanita hamil harus mengelakkan pengambilan berlebihan. Telinga kera perlu dimasak dengan baik, untuk meningkatkan penyerapan serat dan polisakarida. Telinga kera itu sendiri tidak mempunyai banyak rasa tetapi menyerap rasa bahan...

Jujube - Kurma Merah @ Chinese Dates 紅棗

Image
Nama biasa: jujube, Chinese date, Korean date, etc. Dalam bahasa Cina: 紅棗 (Mandarin: hong2 zao3/ Cantonese: hung4 zou2) Apakah kurma merah ? Kurma merah adalah daripada keluarga botani Buckthorn.  Ianya telah ditanam di China selama lebih daripada 4,000 tahun. Terdapat sekurang-kurangnya 400 jenis dari segar hingga kering yang mencapai tekstur kenyal.  Kurma merah telah dilabelkan sebagai "raja kacang" kerana kaya jumlah nutrisi yang mengandungi tujuh puluh hingga lapan puluh kali lebih tinggi Vitamin C berbanding anggur dan epal. Kurma merah boleh memindahkan kolesterol berlebihan ke dalam asid hempedu, sekali gus mengurangkan kebarangkalian pembentukan batu karang. Adakah terdapat sebarang faedah kesihatan ? Dalam perubatan Cina dipercayai kurma merah boleh membantu; Tonifikasi darah: Kurma merah boleh menguatkan "qi" limpa dan perut yang membantu mencerna makanan, menguatkan darah dan menenangkan fikiran. Memperbaiki insomnia: Kurma merah adalah baik untuk oran...

Buah Ciku

Image
Khasiat Buah Ciku Mempunyai antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria dan antiparasit. Ciku jua sesuai untuk buasir dan cirit-birit. Mempunyai Vitamin C sebanyak 24.5 peratus per 100 gram selain dari mengandungi Vitamin A . Keduanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas Serat yang ada didalam buah ciku dapat membantu dan menjadi ubat yang baik untuk sembelit. Selain itu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser Jika buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga , asid folat dan niasin. Sebatian ini membantu dalam proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh Buah ciku turut mengandungi antioksidan, boleh membantu menurunkan paras kolesterol, menurunkan paras gula darah, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi hati dan mata. Bagi daun ciku pula, daun tumbuhan ini berpotensi mencegah kanser, mengurangkan keradangan dan membantu merawat demam. Zaman kanak² dulu suka bersihkan buah ciku dan...