Posts

Showing posts from April, 2007

Keputusan PRK N11 Ijok - 8:45 Malam

Image
Semua tempat pengundi Melayu kalah kecuali Setaia Jaya (Jagaan Hulu Selangor/Puchong/Serdang :-) ) Sungai Darah dan Bukit Badong Menang atas bantuan Pengundi India. Undi Kawasan India nampak solid memihak kepada BN. Ada kemungkinan kawasan Majoriti India, yang menyokong PKR adalah pengundi Melayu.

Tersasul ke bang

Pertarungan Sengit Antara BN Dan PKR Di DUN Ijok

KUALA SELANGOR, 27 April -- Walaupun hanya beberapa jam saja lagi akan berlangsung proses mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hakikatnya hingga saat ini belum ada tanda-tanda jelas apakah calon Barisan Nasional atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan meraih kemenangan. Masing-masing mendabik dada dan yakin mampu untuk memenangi hati pengundi dan akhirnya akan muncul sebagai parti paling layak untuk memimpin rakyat di kawasan itu apabila keputusan pengundian diumumkan malam esok. Menurut perkiraan atas kertas, BN mempunyai kelebihan untuk memenanginya sekali lagi sama seperti pada empat pilihan raya kecil lain -- di Kuala Berang (Terengganu), Pengkalan Pasir (Kelantan), Batu Talam (Pahang) dan terakhir kira-kira dua minggu lepas di Machap, Melaka, diadakan selepas pilihan raya umum 2004. Tetapi ini lain jadinya berikutan PKR dengan bantuan tidak langsung daripada parti pembangkang PAS dan DAP mencetuskan pertarungan paling sengit dan panas dalam mana-mana s...

KHALID YANG SEMAKIN TERSEPIT!!!

Khalid Ibrahim, calon PKR hari ini berceramah di perkarangan masjid Simpang Tiga Ijok selepas solat Jumaat sebentar tadi sekaligus mengengkari arahan DYMM Tuanku Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk berkempen politik. Dalam ucapannya, beliau meminta pengundi Islam mengundi beliau kerana dia calon Islam. Orang yang datang ke masjid itu ialah untuk bersembahyang, bukan mendengar ceramah politik. Para jemaah itu terdiri dari ahli pelbagai parti termasuklah UMNO. Masjid sepatutnya menjadi tempat orang Islam bercakap soal perpaduan, bukan menanam kebencian berasaskan politik kepartian. Perbuatannya ini memecahbelahkan masyarakat setempat dan amat merbahaya. Khalid tidak peduli semua itu. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur selepas 28 April walaupun penduduk Ijok akan bercakaran sesama sendiri pilihanraya kecil itu. PKR juga mengedarkan VCD dan pelbagai phamplet parti dalam masjid. Untuk mengelakkan orang ramai keluar, sebuah kereta yang dipercayai milik penyokong PKR diletakkan d...

Simpati Najib Kepada Khalid

KUALA SELANGOR, 27 April -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "bersimpati" dengan calon pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya masih sayang kepada Barisan Nasional (BN) dan sukar menghilangkannya dari hati walaupun kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan raya Dewan Undangan negeri (DUN) Ijok. Katanya ucapan 'luar sedar' Khalid hingga "tersasul" berkempen untuk calon BN jelas menunjukkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu masih sayang kepada BN walaupun kini berdiri di atas platform PKR dan akan bertanding menentang calon BN, K Parthiban, 38. "Dia tersasul kerana dalam hati dan jiwanya, dia masih tidak dapat lupa bahawa BN banyak berjasa kepadanya. Sebab itu dalam kepalanya susah nak hilangkan perasaan (sayang) pada BN itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Bukit Badong Timur, di sini, hari ini. Ketika berucap d...

Mahkamah Rayuan isytihar pemecatan Anwar sah

Lepas ni apa lah temberang aljub.. tu di Ijok PUTRAJAYA 25 April — Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Kabinet sembilan tahun lepas dilaksanakan secara sah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh kerana kuasa melantik dan memecat menteri terletak pada Perdana Menteri, demikian Mahkamah Rayuan memutuskan hari ini. Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Mohamed Raus Sharif dan Datuk Heliliah Mohohamed Yusof membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan Anwar supaya pemecatannya daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan. Raus, dalam penghakiman 19 halaman, berkata, surat pemansuhan pelantikan Anwar sebagai menteri Kabinet, dikeluarkan Dr. Mahathir pada 2 Sept 1998, mematuhi Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan oleh kerana itu merupakan bukti lebih daripada cukup untuk menunjukkan formaliti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemansuhan telah dilakukan oleh be...

Pengundi Hantu Konon....

Image
Tengok sini Orang kawan dgn setan memang suka mencari hantu. Banyak sgt blog yang mempertikai no IC bermula 90. Atok dorang dah lama tak de, tu sebab tak tahu perkembangan pasal no IC ni. Datang lah ke Ijok cari orang tu sekarang. Jangan buat modal bila dah kalah nanti. Atok Yanti pun IC bermula 90 masih hidup, bila Yanti tanya berapa umur atok sebenar dia kata sama tua dengan pokok kelapa depan rumah tu. Faham maksud  Yanti.. dulu mana ada birth cert tarikh kelahiran sebenar. JPN letak 90 sahaja (bermaksud tahun 1900. Kalau 99 bermaksud 1899. Pernah tengok ic datok atau moyang korang tak...

Ujian DNA sahkan anak Altantuya anak dengan bekas suami rakyat Mongolia

Ini salah satu E-Joke puak KELDAIAN sebab apa kena mengena Altantuya dengan Ijok. KUALA LUMPUR 23 April — Ujian DNA terhadap anak ketiga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh di negara ini, mengesahkan anak itu adalah hasil perkahwinan model berkenaan dengan bekas suaminya, seorang lelaki warga Mongolia. Menurut sumber polis, pengesahan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya anak lelaki Altantuya itu, yang dikenali sebagai Altanshagai Munkhtulga, 4, adalah hasil hubungan sulit wanita itu dengan seorang rakyat Malaysia. “Ia sudah disahkan melalui ujian DNA, kanak-kanak itu adalah anak yang sah daripada perkahwinan Altantuya dengan seorang lelaki warga Mongolia,” katanya di sini hari ini. Konsulat Kehormat Mongolia di sini, Datuk Syed Abdul Rahman Al- Habshi ketika dihubungi hari ini berkata, pada Mac lalu, satu pasukan polis Malaysia telah pergi ke Mongolia untuk mengambil sampel DNA anak Altantuya dan hasil analisisnya memang mengesahkan bahawa anak itu tiada ...

Ijok, E-Joke dan KELDAIAN

Image
Malam tadi ronda-ronda ke seluruh DUN N11 Ijok. Puas pusing cari pokok Ijok yang kononnya menjadi sumber kepada nama Ijok. Sebenarnya pokok ijok tidak pernah wujud dan nama Ijok diambil dari bahasa jawa yang bermaksud hijau. Yanti bukan orang jawa tapi keturunan minang, orang kata minang dengan jawa dulu-dulu tak ngam dan 'minang' itu sendiri bermaksud menang kerana kemenangan laga kerbau dengan jawa. Ala itu dulu lah. Bila sebut pasal hijau, teringat pula PAS tidak bertanding disini tetapi mereka berkempen membantu parti E-Joke KELDAIAN. Mengapa Yanti kata parti KELDAIAN ini E-Joke... Sebab mereka sebenarnya bertanding bukan untuk menang tetapi sekadar untuk berceramah dan menyampaikan lawak jenaka parti KELDAIAN mereka. Ijok akan menjadi E-Joke kepada parti KELDAIAN pada 28 haribulan nanti. Lama sanga rasanya berada di E-joke ni. Di Batu Talam 2 minggu tak terasa dan di Machap 10 hari rasa macam 3 hari. Di E-joke rasa macam sebulan berada disini.

10 Faktor Kemenangan BN di Ijok

Walaupun parti-parti politik yang bertanding mengatakan mereka akan menang, namun adalah sukar untuk membuat ramalan keputusan dalam mana-mana pilihanraya kecil sehinggalah pada beberapa hari terakhir menjelang pengundian. Itulah juga yang dapat dikatakan mengenai peluang Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding dalam pilihan kecil N11 DUN Ijok, Selangor. Pada 28 April ini, 12,272 orang pengundi berdaftar pelbagai bangsa akan berpeluang untuk membuat pilihan. Merekalah yang menjadi penentunya. Adakah mereka akan memilih aktivis sosial dan seorang bekas pendidik muda berusia 38 tahun, ataupun seorang pencen berusia 61 tahun yang bergantung kepada rekodnya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi membantu orang Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Sebagai sebuah parti yang memegang kerusi ini sebelum kematian Dato' K Sivalingam, Barisan Nasional ingin terus mengekalkan pegangan kerusi tersebut. Kejaya...

PRK N11 Ijok - ABD KHALID BIN IBRAHIM

Image
Kad Pengenalan : 461214105273 / 0556617 Nama : ABD KHALID BIN IBRAHIM Jantina : LELAKI Lokaliti : 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2 Daerah Mengundi : 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16 DUN : 105 / 34 - BUKIT GASING Parlimen : 105 - PETALING JAYA SELATAN Negeri : SELANGOR Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my Parti KELDAIAN

PRK N11 Ijok - Kebebalan Ucapan Anwar Ibrahim

Image
"Dia (Najib) kata saya serang peribadi (dalam kes Altantuya).Saya bukan serang peribadi, saya cuma minta dia jawab samada kenal atau tidak Altantuya? Kenapa orang kanannya (Think Tank Najib), Abdul Razak Baginda boleh terlibat?. "Kenapa dua anggota unit tindakan khas (UTK) boleh terlibat dan kenapa boleh bahan letupan C4 yang ada tertulis Kementerian Pertahanan digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu?.Saya tidak tuduh, kenapa dia nak marah," katanya sambil disahut dengan tepukan gemuruh kira-kira 800 kaum Tiong Hua yang menghadiri jamuan makan malam bersama Anwar di Simpang Tiga Ijok dekat sini malam tadi. Anwar mengulangi cabarannya ke atas Najib supaya TPM itu menyaman beliau sekiranya mendapati apa yang disebutnya adalah satu penipuan. Bahagian Mana paling melucukan dalam ucapan Anwar ini? Suruh Anwar tu beli mercun ... pastu hang cucuh dan cari residue dia .. Boleh nampak ka MADE IN CHINA . Yang tahu mungkin tukang cucuh mercun tu made in mana-man...

PRK N11 IJOK - Insiden yang tidak di ingini ketika proses pernamaan calon

Insiden baling membaling botol dan kayu sehingga FRU terpaksa campurtangan. 3 insiden. Keldaian ni memang takde kerja lain, fanatik nak mampos. Kat Lunas buat hal. Tiap kali kalau Keldaian bertanding, mesti isu politik kaum akan timbul, undi ikut kaum mesti timbul. Lepas tu keganasan kerap berlaku. Pergaduhan antara penyokong parti. Semasa di Machap dimana DAP bertanding tidak pula berlaku sebegini Ini agenda siapa ni ? Tiap tiap kali mesti parti Keldaian.

PRK N11 IJOK - Berita II

Hak kerajaan laksana pembangunan bila-bila masa IJOK 18 April – Kerajaan berhak melaksanakan kerja-kerja pembangunan, seperti pembaikan dan penurapan jalan pada bila-bila masa demi kepentingan rakyat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu. Thirumoorthy kembali sokong calon BN IJOK 18 April – Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, P. Thirumoorthy yang mengumumkan hasrat meletakkan jawatan kelmarin kerana kecewa tidak dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hari ini kembali menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), K. Parthiban. Khalid dakwa pembangunan di Ijok lambat KUALA LUMPUR 18 April – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini menyertai parti pembangkang berkata, beliau mengambil keputusan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Ijok dengan alasan kawasan itu masih ketinggalan daripada segi pembangunan. DAP beri laluan kepada PKRR KKUALA LUMPUR 18 April – ...

Pertandingan Satu Lawan Satu BN Dan PKR Di Ijok

Image
SATU LAWAN SATU… Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok K.Parthiban dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) bersalaman selepas penamaan calon di dewan orang ramai Batang Berjuntai. Foto: Razali Nordin KUALA SELANGOR, 19 April -- Barisan Nasional (BN) dicabar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertandingan satu lawan satu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, pada 28 April ini. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Haris Kasim mengumumkan bahawa calon BN K. Parthiban dan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya dua pencalonan diterima. Ini adalah cubaan kedua PKR setelah calonnya Abdul Rahman Moharam tewas kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk K. Sivalingam pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 1,649 undi. Ketika membuat pengumuman mengenai pertandingan bagi pilihan raya kecil itu di pentas khas di luar Dewan Orang Ra...

PRK N11 IJOK: Berita

Calon BN Ijok seorang muda, lawa – Samy Vellu KUALA SELANGOR 15 April – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membayangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Ijok merupakan seorang muda dan lawa. Pemuda BN beri amaran dedah helah pembangkang IJOK 15 April – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mendedahkan setiap strategi dan tipu helah pembangkang yang cuba memecah-belahkan masyarakat dengan menggunakan isu perkauman serta agama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang bakal berlangsung 28 April ini. BN sedia hadapi isu perkauman SUBANG 15 April – Barisan Nasional (BN) bersedia berhadapan dengan isu perkauman yang mungkin akan dimainkan oleh parti pembangkang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Ahli perniagaan umum bertanding calon bebas KUALA LUMPUR 15 April – Seorang ahli perniagaan K. Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan be...

PRK N11 IJOK: Senarai Pusat Mengundi

Image

PRK N11 IJOK: Pusat Penamaan Calon dan Penjumlahan Undi

Image
Dewan Orangramai Batang Berjuntai

PRK N11 IJOK: PETA IJOK

Image
KELUASAN IJOK : 95 KM PERSEGI LOKASI : BARAT - UTARA SELANGOR BILANGAN PEMILIH : 12,272 PECAHAN PENGUNDI : 12,233 BIASA, 39 POS PECAHAN KAUM : 51.04%, 20.59% DAN 28.16% BILANGAN DM/PUSAT MENGUNDI : 9 BILANGAN TM/SALURAN : 28 + 1 (POS) BILANGAN LOKALITI : 154

PRK N11 Ijok: Ahli Perniagaan Umum Bertanding Sebagai Calon Bebas

KUALA LUMPUR, 15 April -- Seorang ahli perniagaan K.Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok. Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Loganadan berkata keputusan itu tidak didorong oleh sesiapa, sebaliknya untuk berkhidmat di kawasan itu kerana beliau mendakwa tidak banyak pembangunan dan kemajuan dibawa oleh wakil rakyat terdahulu. Loganadan yang kini menetap di Klang, dilahirkan di Ladang Caledonian, kira-kira lima kilometer dari pekan Ijok dan mendapat pendidikan rendah di sekolah Tamil di situ sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Batu Arang dan Batang Berjuntai. "Saya adalah anak tempatan dan tinggal di sana selama 18 tahun dan cukup tahu masalah di situ," katanya yang juga Timbalan Presiden Kelab Motivasi Insan Cemerlang Selangor, sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Loganadan mendakwa beliau pernah menjadi anggota MIC selama kira-kira lapan tahun dan mempunyai ramai ke...

PRK N11 Ijok - Ketua MIC Kuala Selangor Ancam Untuk Letak Jawatan

KUALA SELANGOR, 15 April (Bernama) -- Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor S.P. Thirumoorthy hari ini mengancam untuk meletakkan jawatannya jika beliau tidak dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok akhir bulan ini. Thirumoorthy, 55, seorang guru sekolah menengah, mendakwa 18 ketua cawangan daripada 36 cawangan parti MIC di kawasan pilihan raya Ijok itu akan turut meletakkan jawatan bersamanya. Beliau, yang menjadi ketua bahagian sejak 1994, berkata beliau difahamkan bahawa calon BN bukan dari kalangan ahli bahagian MIC Kuala Selangor. BN dijangka mengumumkan calon esok.Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika diminta mengulas tindakan Thirumoorthy itu, berkata beliau tidak akan melayan tuntutannya."Ia adalah hak Presiden MIC untuk memutuskan calon. Pengerusi BN (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) telah meluluskan nama calon. Saya juga memaklumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo," kata...

PRK N11 IJOK - Rumah Wanita Selangor

Image
No6, Jalan 8/1C Taman Kota Puteri Set GPS: 3°18'17.80"N 101°25'54.70"E

BN kekalkan kerusi DUN Machap

ALOR GAJAH 12 April — Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 4,081 undi dalam pertandingan satu lawan satu antara calonnya, Lai Meng Chong dengan calon DAP, Liou Chen Kuang hari ini. Kemenangan BN diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hasim Ismail di pusat penjumlahan undi di Kompleks Japerun Machap, Bukit Bulat di sini pada pukul 8.22 malam ini. Lai, 56, seorang anak tempatan memperoleh 5,533 undi, manakala Liou, 33, yang kali kedua dipertaruhkan oleh DAP untuk kerusi yang sama, memperoleh 1,452 undi. Sebanyak 74.35 peratus daripada 9,623 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu keluar mengundi mulai pukul 8 pagi ini hingga pukul 5 petang ini di lapan pusat mengundi yang menyediakan 19 saluran mengundi. Pilihan raya kecil DUN Machap diadakan berikutan kematian Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, Datuk Wira Poh Ah Tiam pada 15 Mac lepas. Pada pilihan raya umum 2004, Poh menew...

PRK N11 IJOK

Image

Penamaan Calon P.raya Kecil Ijok 19 April, Mengundi 28 April

Image
PUTRAJAYA, 11 April -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Ijok ialah pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian pada 28 April. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian di sini hari ini selepas SPR mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil itu. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN tersebut Datuk K.Sivalingam di Chennai, India, akibat serangan jantung pada 4 April lepas. Sivalingam, 59, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan dan Pekerja Ladang Selangor, memenangi kerusi itu untuk penggal ketiga dalam pilihan raya umum lepas dengan menewaskan Abdul Rahman Moharam dari parti Keadilan dengan majoriti 1,649 undi. Menurut Abdul Rashid bagi tujuan pilihan raya kecil itu, SPR menentukan bahawa daftar pemilih yang dikemaskinikan sehingga 4 Apr 2007 akan digunakan. Mengikut daftar ...

Penamaan Calon Bagi Kerusi DUN Ijok Pada 19 April

11 April, 2007 11:45 AM Penamaan Calon Bagi Kerusi DUN Ijok Pada 19 April KUALA LUMPUR, 11 April -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok, Selangor ditetapkan pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 28 April, Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Anggota Exco Selangor Meninggal Dunia Di Chennai

Image
NEW DELHI, 4 April -- Anggota exco kerajaan negeri Selangor Datuk K. Sivalingam meninggal dunia hari ini selepas rebah di Lapangan Terbang Chennai sebaik tiba dari Malaysia. Sivalingam, 59, meninggal dunia sekitar 10.40 pagi (1.10 petang waktu Malaysia) dipercayai akibat serangan jantung, kata pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini. Setelah rebah, beliau dibawa ke hospital berdekatan, kata pegawai itu. Sivalingam adalah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok.