Posts

Showing posts from September, 2007

Selamat Datang Keresahan (Versi Jawi)

سلامت داتڠ كريسهن يڠ ابادي.... كريسهن لاهير عقيبة برستوبوه دڠن كدوكأن، كدوكأن مونچول كدونيا برسام اداڽ بهاڬيا. ريسه، دوك دان بهاڬيا لاهير كران اداڽ چينتا ...

DOA

Yang ini aku pernah tulis 2 tahun dulu mengisahkan seorang sahabat aku yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah sekarang dia dah bahagia dengan yang lain, tetapi.... MasyaAllah. Doa mana boleh tarik balik. Saja aku upkan balik cerita yang aku tulis tahun 2005 disini dalam versi jawi. ...... Semalam jumpa kawan lama. Tergerak bertanya apa kesudahan kisah percintaannya dengan Marziana (bukan nama sebenar ?). "Tak de jodoh" jawabnya ringkas. "Semua kerana doa aku kepada الله " Terkejut aku...selalunya kita berdoa untuk kebaikan, pertemuan tapi doa kawan aku ni menyebabkan perpishan. Kawan aku terus bercerita mengenai doa.. Katanya kalau berdoa kita kena ikhlas, tiada syarat. Rupanya kawan aku pernah berdoa kepada tuhan sagar dia dipertemukan jodoh dengan Marziana 'Sekiranya Dia Masih Suci' . Disaat cinta sudah mendalam dan seakan sukar dipisahkan, kawan aku dapat tahu orang yang dicintai sudah tidak suci. Kerana rasa cinta yang mendalam kawan aku ini tida...

'Body Smell' atau 'Smell Of Love'

Ini pun cerita lama yang aku naikkan semula.. ..... Aku terbaca kajian menegenai bau badan. Lebih 50% lelaki di Peranchis tertarik kepada wanita kerana bau badan. Bukan bau wangian yang dipakai. Aku terfikir, negara yang terkenal dengan wangi-wangian tetapi mengapa lelakinya lebih terpikat kepada bau badan. Memang manusia bersikap sebaliknya, berlawanan. Aku juga mengalami hal demikian. Aku tertarik kepada seseorang kerana bau badan dan aku sering berharap dapat berada berdekatan dengannya. Mula aku berjumpa dengan dia kira-kira setahun yang lalu. Semenjak dari itu aku kerap teringat bau badannya. Setelah lebih setahun aku tidak mendapat peluang bertemu dengannya.Akhir-akhir ini aku berpeluang mendekatinya semula dan aku sering mencari jalan untuk mendekati. Aku boleh mengetahui kehadirannya hanya dengan bau badan. Lebih dari itu aku seolah-olah dapat menghidu kehadirannya lebih awal bila fikiran ku terbayangkan bau tersebut. Kata mak aku, bau akan jadi penarik kalau ada rasa cinta da...

Aku Bukan Untukmu

MY UMMAH

LET THE UMMAH RISE AGAIN.. BRING BACK OUR GLORY .. SO WE CAN WE PROUD ONCE AGAIN .. AMIN

Sihir

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni. Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukan g sihir? 1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate. 2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc 3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu. 4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang men...

Hentian Rehat Elmina GCE

Image
Rehat sebentar

Yahoo Messenger diatas Web dilancarkan

Image
Antara kelebihannya adalah: Tidak perlu memuatturun aplikasi dan boleh melepasi kawalan keselamatan rangkaian. Tiada lagi halangan menggunakannya walau pentadbir sistem meenghalang IM. Web-based Yahoo! Instant Messenger .

Meneka Dalam Kesamaran

Dari sudut hati yang terluka Dengan niat suci yang membara Ku curahkan semua harapan ku yang ada Kerana ku terlalu menyinta Ku menyingkir tiap keindahan Ku lepaskan apa yang ku genggam Tiada ku inginkan keraguan mu Kian berpanjangan tanpa pedoman Keteguhan cinta ku pada mu Membuat ku tak merasa jemu Seringkali pertanyaan Yang cuba aku timbulkan Pada mu itu hanya kebosanan Bagaikan ada kesamaran Di dalam sinar pengharapan Puas sudah mencari silap ku Puas sudah meneka hati mu Tiada ku temui Jawapan mu yang pasti Yang memberi ketenangan diri p/s: my hubby nak jumpa Ibnoor Riza. Lama x jumpa lost contact. Kalau Sesiapa yg kenal Ibnoor Riza terbaca atau Ibnoor sendiri, email lah 'email @ kamaluddin.us' (kalau copy&paste buang space kat @ tu)

Merajuk lah pulak

Image
Tak nak masuk rumah

Jalan-jalan cari pasal

Image
Abang datang berbuka ke Kampong Sungai Serai

Perjalanan ke Sungai Serai

Image

RINDU - email post

Image
Semakin cuba aku lari semakin aku merindui. Aku hampir berlaku curang tetapi hati kecil ku menolaknya. Semuga tuhan membalas kesetiaan ku.

Entah lah...

Image
Apa ke benda yang mengganggu aku ni. Aku lari jauh dah rasanya... kau datang juga. Oiii berambus lah.

Berita dari kawan - Sempena Ramadhan

Aku bertemu seorang kawan yang hampir separuh umur ku tidak kutemui. Aku sebenar sudah lama teringin nak berjumpa dengannya. Seorang imam yang dikenali ramai. Kami banyak bercerita kisah lampau yang cukup menghiburkan dan memberi ketenangan dijiwa yang dah memang serabut sekarang ini. Cerita kami banyak berkisar mengenai keagamaan. Perbulan kami terhenti ketika bilal bersiap untuk melaungkan azan. Tiba-tiba dia berkata kepada ku "Sepatutnya bukan aku yang jadi imam sekarang ini sebaliknya engkau" Dia mengingatkankisah lampau aku dan dia yang selalu melepak disurau sekiranya tiada aktiviti. Bersukan pun berhampiran surau. Bila masuk waktu aku akan memberikan kain pelikat kepadanya untuk kami dapat bersama berjemaah. Sekarang? Entahlah apa nak jadi dengan aku ni.

Mencari ketenangan

Image
Sehari dua ini aku nak membawa diri. Korang jangan banyak tanya aku nak pegi mana. Aku tiba-tiba hilang arah dan tumpuan. Aku tidak mampu untuk membahagiakan sesiapa. Lebih baik aku menghindari sebelum aku dihindari. Apa saja dari aku semuanya mendapat penghinaan, perbuatan, percakapan malah diam ku dihina. Dayusnya aku.. Apa saja yang aku buat menemui kegagalan. Hubungi aku jika aku benar-benar diperlukan walau pun aku tidak menjawap panggilan. Panggilan itu sudah cukup membuktikan kalian mengingati aku. Jangan hubungi aku sekadar untuk mendengar kata dusta. Dah puas dah. Pengalaman aku dalam beberapa waktu ini cukup membuat aku hampir tidak lagi mempercayai ungkapan 'ikhlas' 'setia' 'sejati' dan yang sewaktu dengannya. Msg aku dengan perkataan 'RINDU' kalau kalian benar-benar merindui kehadiranku dan aku akan menghargainya meskipun aku tidak menjawabnya. Kalau dengan perkataan 'RINDU' itu mengharap aku membalasnya maka korang tidak ikhlas. Sean...

Jangan ditanya kemana aku pergi

Sehari dua ini aku nak membawa diri. Korang jangan banyak tanya aku nak pegi mana. Aku tiba-tiba hilang arah dan tumpuan. Aku tidak mampu untuk membahagiakan sesiapa. Lebih baik aku menghindari sebelum aku dihindari. Apa saja dari aku semuanya mendapat penghinaan, perbuatan, percakapan malah diam ku dihina. Dayusnya aku.. Apa saja yang aku buat menemui kegagalan. Hubungi aku jika aku benar-benar diperlukan walau pun aku tidak menjawap panggilan. Panggilan itu sudah cukup membuktikan kalian mengingati aku. Jangan hubungi aku sekadar untuk mendengar kata dusta. Dah puas dah. Pengalaman aku dalam beberapa waktu ini cukup membuat aku hampir tidak lagi mempercayai ungkapan 'ikhlas' 'setia' 'sejati' dan yang sewaktu dengannya. Msg aku dengan perkataan 'RINDU' kalau kalian benar-benar merindui kehadiranku dan aku akan menghargainya meskipun aku tidak menjawabnya. Kalau dengan perkataan 'RINDU' itu mengharap aku membalasnya maka korang tidak ikhlas. Sean...

Mimpi Ngeri Lagi

Image
Tah nape selalu sangat mimpi ngeri... Pertama kena semasa tidur di CityVilla. Terbangun jam 3:50 pagi dalam keadaan perpeluh. Cuban juga tenangkan fikiran dan sembunyikan perasaan. Tengok kawan di sebelah pun seperti menggerunkan. Seakan nak menjerit tetapi aku tahan kerana aku nak merahsiakan darinya. Jam 5:15 orang sebelah terbangun tengok muka dia seperti menggerikan. Bila tersedar sepenuhnya barulah rasa lega. Pagi itu aku tidak banyak bercakap dan termenung serta rasa seperti khayal. Semenjak itu ia sentiasa datang. Dalam tidor badan seakan menguit. Kalau mengikut seorang ilmuan yang aku pernah jumpa itu petanda kena sihir. Entah lah.. nak percaya atau tidak. Sekarang ini aku sedang berpeluh memikirkan mimpi ngeri yang baru ku alami. Mimpi ngeri yang keberapa aku sendiri sudah tidak ingat. Dalam keadaan begini teringat semasa kecil, pelukan seorang ibu mampu memberikan ketenangan. Tadi aku solat sunat untuk menghapus keraguan dihati. Aku berdoa dijauhkan dari ganguan-gangguan ters...

Mimpi ngeri

aApa

Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak

Image
Kadang-kadang mak bapak juga ada silapnya. Berkira sangat nak beli laptop atau pc yang sekarang ini boleh didapati bawah harga RM2,000. Broadband juga semakin murah. Untuk memasang Streamyx dirumah cuma RM77 sebulan. Celcom 3G Unlimited RM68 sebulan. Cuba lihat handphone milik orang sekarang, tidak kira milik anak atau mak bapak. Harga mencecah ribuan ringgit. Apabila sianak tidak mendapat kemudahan tersebut dirumah mereka akan menggunakan kemudahan di kafe siber tanpa kawalan ibu bapa. Pemili kafe siber mementing keuntungan semata-mata. Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kafe siber yang menjadi tempat ‘persembunyian’ tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang tiga hari lalu dan ditemui semula hari ini adalah lokasi kegemaran murid-murid melepak pada waktu persekolahan.

Menghapus Jejakmu - Siapa diantara kita yang akan menyanyikannya

Syair Istikharah

Ya - Rabbul Ariffin Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku tercipta buatku dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Tetapkanlah kemesraan antara kami, agar kebahagiaan ini kekal abadi. Ya Muhaimin Seiringkanlah kami mengiringi kehidupan luas ini ketepian yang sejahtera. Ya Rabbul Fatihin seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku bawalah dia jauh dari pandanganku luput dari ingatanku dan peliharakanlah aku dari kecewa. Ya Rabbul Izzati Berikanlah aku kekuatan, melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah agar aku bisa bahagia walaupun tanpa dirinya. Ya Rabbul Quddus Gantikanlah yang telah patah meskipun tidak sama dengan dirinya biar sekuat mana aku mengasihinya aku mohon pada Mu Allah agar melenyapkan perasaan ini seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku. Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku aku mohon kasih dan sayang Mu agar memperkuatkan kasih sayangku padanya selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu. Ya Rahman Ya Rahim, Cukupla...

Izinku Pergi

HAIKU

Ibarat kulit kerang Dipersisiran pantai Mengutipnya Lalu kau lemparkan jauh Adalah lebih baik Daripada memijaknya Lalu kakimu dilukai.

HTC TyTN II Berada di pasaran Malaysia

Image
Dijangka berada di pasaran menjelang Oktober 2007 SRP RM3,088.00 Spesifekasi

Bila Cinta diDusta

KEMELUT CINTA

"Apabila sebuah percintaan itu diasaskan atas kematian orang lain maka kemelutnya juga akan berakhir bila berlaku kematian" Pilihan ditangan Yanti untuk berlaku jujur dan ikhlas serta Takdir Tuhan menjemput diantaranya. Ku tahu hatimu sekeras batu mengharap secebis cinta yang kau angankan. Kau sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan CINTA yang tak pasti. Sedangkan dihadapan mu sebuah CINTA Suci menanti dengan kesetiaan. Sedikit demi sedikit kau hakiskan. Apa diharap padi seberang.... Aku tidak akan cuba melembutkan keras hatimu itu. Aku juga tidak lagi akan bertanya kemana terbangnya bangau kerana aku rasa lebih tersiksa dipermainkan. Aku tidak akan menangis kerana kemunafikan cintamu. Semoga berbahagia sebuah cinta yang dibina atas kehancuran sekeping hati. Pengorbanan bukan untuk mendapatkan cinta yang tak pasti tetapi untuk mempertahankan CINTA sejati.

Biar Bulan Bicara

Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Kisah seorang sahabat yang dalam kemelut percintaan

Kau bertanya apakah: Aku mendekati dikau kerana tubuh mu Aku mencari pelbagai alasan kerana telah mendapat sesuatu yang berharga milik mu Aku berharap untuk melakukannya lagi Aku tidak ingin untuk hidup bersamamu selamanya Aku jawab semua seolan dengan satu perkataan: "YA" Sedang kau lupa.. Menduakan aku kerana apa? Bukan kerana tubuhnya dan pada orang itu juga bukan kerana tubuh mu ? Kau sentiasa mengulangi soal kehormatan yang mungkin untuk menutup sesuatu. Mungkin bukan aku yang pertama. Sehingga sanggup menidurinya. Setelah kita calar balar bersengketa tidak mudah bagiku melupakannya. Seandainya sembuh sekalipun parut tetap tinggal. Adilkan dalam keadaan calar-balar orang ketiga dipuja dan aku dijadikan tempat persinggahan. Untuk kau mengadu kesedihan seandai ditinggalkan. Apa muslihat tiba-tiba berlaku mesra dan setia kembali kepadaku. Adakah sekadar lakonan agar aku tidang mengganggu mereka. Sekian lama tertipu membuat aku lebih berhati-hati. Sabar sahabat ku... Kebahag...

Tazkirah Ramadhan - ZINA

Image
DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk. Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera. Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina. Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan. Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar. Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada ne...

Tazkirah Ramadhan - ZINA

DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk. Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera. Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina. Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan. Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar. Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada ne...

Jika kita mencintai seseorang

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta... Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata...

Jangan...

jangan cinta kerana dia lelaki.. kelak kita akan membenci.. jika dia bukan lelaki yang dicari.. hanya pandai menabur janji.. jangan dirindu pada paras rupa.. kelak kita akan terseksa.. jika dia tidak sebaik rupanya.. senyumnya manis tipu belaka.. jangan disayang kerana berharta.. kelak kita hidup menderita.. jika hartanya habis dibelanja.. sukarnya hidup miskin dan papa.. jangan dikasih kerana dipuji.. kelak kita menagih janji.. jika rupa berkedut dimamah hari.. hilang sudah puji memuji.. jangan dicari seorang kekasih.. kelak kita akan disisih.. jika kasih luntur bersih.. menangislah diri hidup bersedih.. jangan disambut salam rindu.. kelak kita menahan sendu.. jika rindu tak dapat disatu.. dimanakah akan kita mengadu.. jangan dilayan seorang teman.. kelak hidup menjadi ancaman.. jika teman tidak beriman.. dibakar api dihari kemudian.. Yang penting jangan jadi MUNAFIK dalam percintaan

Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah Plastik

elibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ? Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring at...

Berbuka Di Kerling

Image
Berbuka di Kerling dgn Abang? dan Family

Niat-niat Puasa

Image
Lafaz Niat Berbuka Puasa " Yang bermaksud, Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih " Lafaz Niat Puasa Sebulan " Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala " Lafaz Niat Puasa Harian " Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "

Nash - Pada Syurga Di Wajahmu

[ Klik butang diatas untuk memainkan lagu]

Kena Gout lagi...

Image
KIFARAH dari Tuhan menjelang Ramadhan Dah nak puasa ni ada saja yang tak kena... Tahun lepas bulan puasa kena gout. Gout bukan disebabkan oleh permakanan semata-mata. Termasuk juga kurang rehat dan tidor dan oleh tekanan perasaan. Tambah lagi satu bila kita rasa tiada siapa yang ambil berat tentang kita. Bulan lepas pun kena jugak..

Refresh

Image
Refresh balik kenangan yang hampir pudar kerana kelekaan dan mengharap sesuatu yg tak pasti. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut sesuatu yang belum pasti dan melupakan sesuatu yang pasti dan mereka hanya mampu menangis dan menyalahkan takdir senadainya gagal mendapatkannya.

Keresahan II

Image
Entah mengapa fikiran aku rasa terganggu Puas au pujuk hati aku untuk menerima apa jua keadaan yang menimpa diri ini. Aku tahu, aku bersalah didalam banyak hal kerana tidak mampu memahami hatinya apa lagi mebahagiakannya. Aku sentiasa mencuba yang terbaik, namum mungkin takdirnya begitu. Aku pasrah atas takdir dari Yang Maha Esa. Hanya Mu ya Allah yang tahu segalanya dan aku menerima takdir yang ditentukan. Mungkin ini ujian yang terbaik dariMu yaAllah bagi menyedarkan aku dari kelekaan aku selama ini. Baru sebentar tadi aku berdoa memohon Kerahiman dan Kerahmatan dariMu. Seperti suatu /'miracle'/ yang tidak boleh aku ceritakan berlaku atas kehendakNya dihadapan ku. dan aku.... Mulai merasai KEDAMAIAN diHati beransur kembali.

Menghitung Hari

Sayang ku menghitung hari Dengan debaran di hati Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan Sayang sejak engkau pergi Waktu seakan terhenti Dalam rindu kubisikan lagi namamu Belum pernah ku alami keresahan yang begini Siang malam ku bagaikan tiada berbeza Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah Menghitung hari untuk segera kembali Sayang dalam perpisahan Terlalu banyak godaan Demi kejujuran ini Tidak kuhiraukan Sayang bila kesunyian Ku diburu kebimbangan Apakah aku berdosa merasa curiga Dah lama tak dengar lagu Salamiah Hassan

Marhaban Ya Ramadham

Image
Cuti Sebulan.. Kena ikat.. Raya nanti datang balik

Marhaban Ya Ramadhan

Image
Setan cuti sebulan jangan pulak kita ambik alih

KERESAHAN

Dalam hidup ini dugaan demi dugaan adalah lumrah. Tanpa dugaan bukan penghidupan namanya. Kekadang kita gembira, suka dan kekadang kita berduka. Yang lazimnya kita sentiasa dalam keresahan. Berbagai punca dan sebab yang membuatkan kita resah. Selalunya melibatkan perhubungan antara insan. Sebagai muslim yang mengaku beriman, manusia terus mengeluh dan terus merintih. Dengan sedikit dugaan dari Tuhan, membuat kita hilang keimanan. Mengapa ya... Aku tidak terkecuali dari menghadapi fenomena leresahan ini. Hari ini hati ku resah dan gundah tanpa sebab. Apa yang ku buat serba tak kena. Puas ku pujuk hati ini, tapi masih gagal. Aku mula mempersoalkan tentang keimanan ku sendiri. Ya الله, kekadang aku juga lalai mengingati mu. Tersedar aku selama ini aku terlalu lalai dengan perintah mu. Aku tersedar kelalaian aku memenuhi perintah Tuhan menyebabkab hati menjadi resah. Engakau sebenarnya sedabg menduga kerana kelalaian aku selama ini. Yang berlalu biar berlalu, yang dah berlaku lupakan. Duni...