Posts

KISAH UMMU SIBYAN

Image
Maghrib adalah saat di mana matahari sudah tenggelam, namun masih muncul dengan sinar yang kadang-kadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah. Siapakah Ummu Sibyan? Apakah yang dia lakukan dalam rumah kita? Ketahuilah bahawa Ummu Sibyan bukanlah wanita yang baik. Dia mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan ataupun tidak sebelum ini. Ummu Sibyan adalah jin daripada kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak-kanak yang berusia kurang dari dua tahun serta wanita hamil. Disebabkan itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak diikuti oleh jin ini. Apakah kerja Ummu Sibyan? Kerjanya adalah Mengganggu bayi yang baru lahir dan kanak-kanak (biasanya kurang dari duatahun) serta wanita yang hamil. Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang m

[VIDEO] Ummu Sibyan

Image
Dulu² bila menjelang maghrib mak bapak akan suruh masuk rumah, tutup semua tingkap dan pintu. Budak sekarang akan kata itu kepercayaan karut sebab mereka tak mengaji habis.  Sebab tu bila maghrib ramai yang lepak kat luar rumah terutama kat kedai mamak atau sekeluarga duduk depan rumah sembang berd2kah² tak peduli azam maghrib.. Sah lah tak solat sebab waktu maghrib tu pendek. Kalau anak² menangis malam mungkin diganggu oleh Ummu Sibyan kerana mak bapak tak ada ilmu. Aku dah tahu perkara ni masa umur 6 tahun, Datuk aku yg bagitau. Masa tu mana ada internet nak search pasal UMMU SIBYAN.  Dah sekolah menengah aku tanya kat imam, bukan semua tahu jadi aku tanya kat guru pengajian Islam, guru cakap yang sama dengan datuk aku cakap. Aku dapat ilmu yg orang lain mungkin tak tahu, jadi aku tolong sebarkan ilmu itu. Rujukan: https://kamaluddin.blogspot.com/2022/12/kisah-ummu-sibyan.html https://youtu.be/76ZZ6dwqsHA

Jangan Pernah Menyerah

Image
Takdir Allah rahsia Allah, kita tak tahu. Kun Faya Kun. Aku tak pernah terfikir satu hari nanti aku akan merindui seseorang... Takdir menentukan bukan kebetulan yang membuat aku rindu. 😁

POKOK GELENGGANG – ubat kurap dan panau

Image
Pokok gelenggang atau disebut juga sebagai daun senna merupakan pokok herba renek yang tumbuh liar di belukar atau hutan di Malaysia yang dikatakan berasal dari Amerika Tropik.  Di kenali juga sebagai pokok kurap, belukar lilin atau nama Inggerisnya seperti candelabra bush, empress candle plant, ringworm tree atau candle tree dengan nama saintifik sebagai cassia alata atau C. senna dari famili Leguminosae banyak digunakan dalam perubatan tradisional sejak berzaman lagi.  Pokok gelenggang boleh mencapai ketinggian 2 – 10 meter dengan daun berbentuk  seiras (bilateral) dan berlawanan secara simetri, akan kucup pada waktu malam. Bunga galenggang berwarna kuning atau oren dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Buahnya bersalut kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat. Dalam perubatan Melayu, daun gelenggang merupakan tumbuhan ubatan yang mujarab untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan panau.  Caranya dengan melumatkan daun

Masjid Quba, Madinah

Image
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad ﷺ sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah. . Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah SWT. . Rumah Saidina Ali Bin Abi Talib terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad ﷺ akan mendirikan solat sunat sementara menunggu Saidina Ali Bin Abi Talib. Masjid Quba juga disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. . Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). . Semasa hayatnya, Nabi Muhammad ﷺ kerap mengunjungi Masjid Quba dan m

Sup kaki (keting) & kengsom di PTT Amphoe Chenna dalam perjalanan ke Pattani.

Image
Sup kaki (keting) & kengsom di PTT Amphoe Chenna dalam perjalanan ke Pattani. Kali terakhir makan disini Januari 2020 sebelum PKP bersama Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Qader. Beliau meninggal dunia ketika awal PKP, tak dapat nak ziarah.

Makan sup kaki (keting) & kengsom di PTT Chennai dalam perjalanan ke Pattani.

Image
Makan sup kaki (keting) & kengsom di PTT Chennai dalam perjalanan ke Pattani. Kali terakhir makan disini Januari 2020 sebelum PKP bersama  Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Qader. Beliau meninggal dunia ketika awal PKP, tak dapat nak ziarah. PTT Amphoe Channa

Green Coffee

Image
Akhirnya dapat juga kopi hijau Columbia untuk buat minuman kopi Arab atau Qahwa. Qahwa ni kita cerita kemudian. Terima kasih yang sanggup membawa kopi hijau dari jauh. APA ITU KOPI HIJAU Kopi hijau berasal dari biji kopi mentah hijau. Dan terdapat sinonim untuk biji kopi hijau: biji kopi. Kopi hijau hanyalah produk biasa, biasa, biji kopi mentah yang belum dipanggang.  Biji kopi yang telah dipetik dan diproses berwarna hijau, dan hanya menjadi warna coklat kerana proses pemanggangan. Terdapat juga di pasaran  ekstrak kopi hijau. Bahan tersebut diekstrak daripada biji kopi mentah, dan ia adalah produk yang dipasarkan sebagai suplemen penurunan berat badan. Ekstrak biji kopi hijau digunakan dalam apa yang dipanggil proses Swiss Water, untuk menyahkafein kopi, kaedah semula jadi yang hanya digunakan secara komersial sejak 1980-an. Jadi itulah jawapan mudah: KOPI HIJAU adalah kopi yang BELUM DIPANGGANG.  Walau bagaimanapun masih boleh diminum. APA RASA KOPI HIJAU? Kopi hijau mempu

Buah Sukun (breadfruit)

Image
Buah Sukun Sukun (Jawi: ‏سوكون‎‎), kulur (Jawi: كولور‎) atau nama saintifiknya Artocarpus altilis ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraceae serumpun dengan nangka dan cempedak.  Pokok sukun dipercayai berasal dari Asia Tenggara tersebar ke Polynesia; ia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain bahkan juga tersebar ke Caribbean dan Amerika Selatan dibawa para pelayar Barat menjajah Dunia Baru. Faedah kesihatan Breadfruit adalah sumber serat yang baik yang membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa.  Buah ini juga merupakan sumber vitamin C, K, E, folat, niasin, riboflavin dan asid pantotenik yang baik, ini berfungsi dalam mengekalkan dan meningkatkan sistem imun dan integriti badan. Buah sukun kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan.  Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau rebusam. Sukun juga boleh dijad

Telur itik masak lemak pucuk ubi

Image
Setiap jam 4 rakyat Malaysia mati kerana serangan jantung.. ada masuk paper mcm kobid? Punca utamanya gula bukan kolestrol. Gula menyebabkan radang. Bukan sebab makan fat. * Sedapnya masak lomak cili api tolo itik..

Sayur tanpa rasa

Image
Ada buah sayur atau sayur yang tanpa rasa. Contohnya labu air atau kundur. Kena dengan ramuannya baru sedap di makan. Boleh juga disagat menggantikan shark fin dalam masakan shark fin soup.  Kalau buat masak air kena letak daun kunyit, ikan bilis atau udang baru ada rasa. Ini yang nenek aku cakap masa tahun 60an, aku umur 5 tahun. Usah lah korang nak bangkang kalau tak pernah masak sayur tu. Petola pun sama.. Letaklah dalam masakan apa pun, ianya tidak akan mengubah rasa masakan tersebut, jadi boleh digunakan untuk mendapatkan khasiat sayuran pada yg tak suka makan sayur. Contoh letak dalam drop egg soup, lebih baik di sagat halus jadi macam shark fin. Makan soup sahaja dan abaikan labu air yang memiliki GI rendah.

Waktu dilarang berziarah apatah lagi bertandang untuk membawang

Image
Waktu-waktu yang dilarang berziarah apa tah lagi bertandang untuk membawang..  1. Sebelum tiba waktu Subuh 2. Pada waktu tengah hari (Zohor) 3. Selepas solat isyak Ini adalah seperi Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 58: Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah solat Isya', itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya) dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksan

Lagenda Buaya Putih Kuala Kubu - Kubur Cecil Ranking

Image
Cecil Ranking, Magistrate dan Tax Collector Officer yang dikatakan menembak buaya putih di Kuala Kubu (Lama) mati ketika banjir akibat ampangan yang menempatkan buaya putih pecah. Pemuda Melayu telah meminta beliau meninggalkan rumah menyelamatkan diri tetapi beliau enggan keluar dari rumah, Yang ditemui hanya tangan beliau tersangkut diatas pokok dan ditanam di Gereja bersebelahan rest house (rumah rehat Kerajaan) dan Planters Club tempat mabuk-mabuk ketika zaman penjajah. Bangunah telah diruntuhkan untuk pembinaan Masjid Daerah Hulu Selangor. Rumah Rehat Kerajaan masih wujud sehingga tahun 70an dan dirobohkan untuk meluaskan kawasa masjid pembinaan Sekolah Rendah Agama. Sekarang ini kubur Cecil Ranking telah dipindahkan berdekatan Taman Melinium, Kuala Kubu Bharu. Yang masih tinggal di pintu masuk Masjid Ar-Rahimah itu tugu peringatan Cecil Ranking.

Steamed tauhu & telur

Image
Tauhu, yang berasal dari China, diperbuat daripada susu soya pekat yang ditekan menjadi bongkah putih pepeja, proses yang serupa dengan pembuatan keju. Nigari, koagulan kaya mineral yang tertinggal selepas garam diekstrak daripada air laut, digunakan untuk membantu tauhu memejal dan mengekalkan bentuknya. Mengandungi banyak khasiat Tauhu kaya dengan protein dan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan anda. Ia juga menyediakan lemak, karbohidrat, dan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Sumber: https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/172475/nutrients Satu hidangan 100 gram tauhu yang padat tinggi kalsium memeberi: Calories: 144 Protein: 17 grams Carbs: 3 grams Fiber: 2 grams Fat: 9 grams Calcium: 53% of the Daily Value (DV) Manganese: 51% of the DV Copper: 42% of the DV Selenium: 32% of the DV Vitamin A: 18% of the DV Phosphorus: 15% of the DV Iron: 15% of the DV Magnesium: 14% of the DV Zinc: 14% of the DV DV = Keperluan Harian Tauhu rendah kalori tet

Rendang kerang....

Image
Aku pernah berniaga kedai makan. Untuk sarapan pagi aku tempah dari kawan Hairi Abdullah yg kerja di pejabat Penerangan Hulu Selangor rendang kerang untuk layan kehendak pelanggan.  Nak charge berapa pun susah.  Aku anggap rendang kerang ni pemanggil pelanggan bukan ambil untung darinya.  Ini juga marketing strategi, jgn semua nak pulun ambil margin tapi pelanggan tak ada.