Guru pelatih ditangkap berasmara
Inilah bakal guru yang akan mengajar anak-anak kta nanti. PASIR PUTEH - “Saya melakukan persetubuhan dengan dia sebanyak lima kali sejak mengenalinya dua bulan lalu termasuk melakukannya di rumah ketika keluarga tiada.” Demikian pengakuan guru pelatih perempuan berusia 18 tahun selepas ditangkap atas kesalahan khalwat di sebuah chalet di Tok Bali dekat sini malam kelmarin. Ketika ditahan, perempuan terbabit berada dalam chalet bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun. Penolong Penguatkuasa Agama Pasir Puteh, Ahmad Syukri Abdul Ghani berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan yang belajar di sebuah institut perguruan yang sama dalam semester satu di Johor itu menyewa dua chalet dan menggunakan salah satunya untuk berasmara. ”Kita percaya mereka tidur bersama dalam satu chalet pada sebelah malamnya,” katanya yang mengetuai serbuan bersama empat skuad Amru. Perempuan yang berasal dari Machang dikatakan menjemput kekasihnya yang berasal dari Pahang di Bandar Tanah Merah dengan motos...