Posts

Celcom HSDPA

Image
Aku mungkin dapat kontrak membekal 23 Datacard untuk sebuah pertubuhan di Shah Alam. Aku mencadangkan Huawei E2 20 HSDPA/3G/EDGE/GPRS USB Modem atau Sierra Wireless Aircard 875 HSDPA/3G/EDGE/GPR. Kedua-duanya berkemampuan untuk mencapau kelajuan maksima HSDPA 3.6Mbps Aku cuba menggunakan E220 di Shah Alam. Hanya di sekitar Seksyen9 aku dapat speed HSDPA. Mungkin disitu terletaknya Pusat Perkhdmatan Celcom. Sekarang ini Celcom membuat perubahan terhadap plan 3G unlimited. Berbagai iklan yang mengelirukan mengenai plan tersebut yang berbeza-beza antara iklan di laman web mereka dan iklan di akhbar. Pada iklan tersebut plan C68 kelajuan data di hadkan sehingga 384Kbps sahaja. Semasa mencuba plan c68 di Seksyen 9 Shah Alam aku masih boleh memperolehi kelajuan HSDPA 900+Kbps. Kalau tanya Kaunter Celcom lain jawapan mereka dengan pertanyaan pusat pertanyaan pelanggan *1111* ada berbagai versi. Plan penggunaan harian RM8 bagi 24jam pula tiada sekatan (caps). Kelajuan bergantung mengikut lipu

HTC TyTN II P4550 (HTC Kaiser 120)

Image
TyTN II THE ULTIMATE MOBILE COMPANION Processor Qualcomm® MSM 7200, 400MHz Operating system Windows Mobile 6 Professional Memory ROM: 256MB RAM: 128MB SDRAM Dimension 112 mm (L) X 59 mm (W) X 19 mm (T) Weight 190g with battery Display 2.8 inch, 240 X 320 QVGA TFT-LCD display with adjustable angle and backlight Network HSDPA/UMTS: Tri-band 850, 1900, 2100 MHz HSDPA: Up to 384kbps for upload and 3.6Mbps for download UMTS: Up to 384kbps for upload and download GSM/GPRS/EDGE: Quad-band 850, 900, 1800, 1900 MHz (The device will operate on frequencies available from the cellular network) Device Control Finger scrolling and panning 5-Way navigation control Keyboard Slide-out QWERTY keyboard Connectivity Bluetooth® 2.0 with A2DP& ACRVP Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g HTC ExtUSB™ (11-pin mini-USB and audio jack in one) GPS antenna connector Camera Main camera: 3 megapixel CMOS color camera with auto focus Second camera: VGA CMOS color camera Audio Built-in microphone and speaker Ring tone supported

Celcom HSDPA di Tanjong Malim

Image
Huawei E620 HSDPA/3G Datacard Celcom 3G Unlimited D99 Acer Travelmate 6292 Notebook at Rakyat TomYam KM 96 Jalan Kuala Lumpur Ipoh Teringat aku bertengkar dengan technician Celcom semasa Pilihanraya Kecil Ijok. Aku cakap aku pernah guna Data Card Merlin, Huawei E618 dan yang terakhir juga Huawei E620. Mereka kata Celcom sekarang gunakan Vodafone. Dengan bangganya diorang tunjukkan kepada aku Datacard terbaru dari Celcom. Vodafon tu OEM Huawei la Mamat sambil aku menunjukkan datacard yang ada di notebook Fujitsu S2110 aku. :)) Diorang terkejut berok bika aku cakap aku sudah dapat speed HSDPA atau 3.5G (3GX kata orang Celcom) sejak September 2006 . Kalau rajin lihat balik post aku September 2006 Sebenarnya kebanyakan post yang aku buat dari Kuala Terengganu juga menggunakan Dopod 838Pro dengan kelajuan HSDPA yang mungkin dalam tempoh percubaan.

Say No to Airpak Express

Image
Kalau korang nak gunakan service syarikat ini baik lupakan sahaja. Aku perlukan barang segera untuk tujuan pemasangan kepada client terpaksa menunggu lebih seminggu. Agaknya mereka hantar barang naik sampan. Kuala Lumpur ke Kuala Kubu memerlukan masa 45 minit sahaja. Say no to Airpak Express. Lebih baik guna pos laju

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran... Sayang

Image
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Hailiza Yanti

Pak Lah kawin lagi

Image

Lina Joy Gagal Dalam Rayuan Gugur Perkataan Islam

Image
PUTRAJAYA, 30 Mei -- Azlina Jailani, wanita yang menukar agama ke Kristian, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya. Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Azlina, 42, yang telah menukar namanya ke Lina Joy, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya. Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Ahmad Fairuz dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Sherif menolak rayuan itu manaka

Motorola Z8

Image
Phone Phone type Triband Networks GSM 900, GSM 1800, GSM 1900 Connectivity options 3G, EDGE, GPRS, HSDPA, Java, Bluetooth, USB Calling Features Video calls Physical design Form factor Slider Dimensions (W x D x H) 109 x 50 x 15.5 mm Weight w/battery 112 g Primary display type TFT Secondary display type None Secondary display resolution x pixels Interchangeable covers? No General LCD display size 2.2-inch screen; QVGA (320 x 240 pixels) Color LCD? Yes Primary Display Color 24 bit Performance Operating system Linux Battery type(s) supported Rechargeable, removable 1,030mAh Lithium-ion battery Max. talktime (in hours) 5 hours Max. standby time (in hours) 384 hours Internal memory 90 MB Expansion slot(s) TransFlash / microSD Other Features Additional functions Onboard TI 2420 processor; supports OTA download of applications and games; second VGA camera for video calls MMS? Yes Predictive text input? Yes Polyphonic? Yes Built-in vibrate alert? Yes Multimedia Built-in digital camera? Yes M

Selamat Hari Ibu

Image
Untuk Ibu Tersayang

BOSAN

Hidup ini memang sering adakalanya sangat membosankan sehinggakan apa sahaja yang kita lakukan tidak dapat diterima oleh tubuh kita sendiri. Kebosanan itu mungkin berpunca dari persekitaran kita yang penuh dan sarat dengan keadaan yang tiada makna. Saya cukup malas sebenarnya untuk menceritakan keadaan sebenar saya yang mempunyai persekitaran yang tidak sihat. Five (5) M - Mengata, Mengutuk, Mengumpat, Membenci, Menghukum. 5 M ini jika tidak diatasi dengan pemikiran yang baik dan jati diri yang kuat, pastinya kita akan rebah di pangkuan mereka yang mempunyai 5 M ini. Kadangkala kesalahan yang tiada kena mengena dengan mereka menjadi punca yang tiada makna untuk mereka melakukan 5 M. Memang hakikat hidup bermasyarakat di Malaysia ini khususnya mereka yang menggelarkan diri mereka melayu tidak dapat tidak 'rahsia dalaman' setiap individu itu menjadi satu kisah yang patut dipertontonkan dan diceritakan serta dihujahkan sesama mereka ahli 5 M. Adakah itu realiti hidup berm

Keputusan PRK N11 Ijok - 8:45 Malam

Image
Semua tempat pengundi Melayu kalah kecuali Setaia Jaya (Jagaan Hulu Selangor/Puchong/Serdang :-) ) Sungai Darah dan Bukit Badong Menang atas bantuan Pengundi India. Undi Kawasan India nampak solid memihak kepada BN. Ada kemungkinan kawasan Majoriti India, yang menyokong PKR adalah pengundi Melayu.

Tersasul ke bang

Pertarungan Sengit Antara BN Dan PKR Di DUN Ijok

KUALA SELANGOR, 27 April -- Walaupun hanya beberapa jam saja lagi akan berlangsung proses mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hakikatnya hingga saat ini belum ada tanda-tanda jelas apakah calon Barisan Nasional atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan meraih kemenangan. Masing-masing mendabik dada dan yakin mampu untuk memenangi hati pengundi dan akhirnya akan muncul sebagai parti paling layak untuk memimpin rakyat di kawasan itu apabila keputusan pengundian diumumkan malam esok. Menurut perkiraan atas kertas, BN mempunyai kelebihan untuk memenanginya sekali lagi sama seperti pada empat pilihan raya kecil lain -- di Kuala Berang (Terengganu), Pengkalan Pasir (Kelantan), Batu Talam (Pahang) dan terakhir kira-kira dua minggu lepas di Machap, Melaka, diadakan selepas pilihan raya umum 2004. Tetapi ini lain jadinya berikutan PKR dengan bantuan tidak langsung daripada parti pembangkang PAS dan DAP mencetuskan pertarungan paling sengit dan panas dalam mana-mana s

KHALID YANG SEMAKIN TERSEPIT!!!

Khalid Ibrahim, calon PKR hari ini berceramah di perkarangan masjid Simpang Tiga Ijok selepas solat Jumaat sebentar tadi sekaligus mengengkari arahan DYMM Tuanku Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk berkempen politik. Dalam ucapannya, beliau meminta pengundi Islam mengundi beliau kerana dia calon Islam. Orang yang datang ke masjid itu ialah untuk bersembahyang, bukan mendengar ceramah politik. Para jemaah itu terdiri dari ahli pelbagai parti termasuklah UMNO. Masjid sepatutnya menjadi tempat orang Islam bercakap soal perpaduan, bukan menanam kebencian berasaskan politik kepartian. Perbuatannya ini memecahbelahkan masyarakat setempat dan amat merbahaya. Khalid tidak peduli semua itu. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur selepas 28 April walaupun penduduk Ijok akan bercakaran sesama sendiri pilihanraya kecil itu. PKR juga mengedarkan VCD dan pelbagai phamplet parti dalam masjid. Untuk mengelakkan orang ramai keluar, sebuah kereta yang dipercayai milik penyokong PKR diletakkan d

Simpati Najib Kepada Khalid

KUALA SELANGOR, 27 April -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "bersimpati" dengan calon pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya masih sayang kepada Barisan Nasional (BN) dan sukar menghilangkannya dari hati walaupun kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan raya Dewan Undangan negeri (DUN) Ijok. Katanya ucapan 'luar sedar' Khalid hingga "tersasul" berkempen untuk calon BN jelas menunjukkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu masih sayang kepada BN walaupun kini berdiri di atas platform PKR dan akan bertanding menentang calon BN, K Parthiban, 38. "Dia tersasul kerana dalam hati dan jiwanya, dia masih tidak dapat lupa bahawa BN banyak berjasa kepadanya. Sebab itu dalam kepalanya susah nak hilangkan perasaan (sayang) pada BN itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Bukit Badong Timur, di sini, hari ini. Ketika berucap d

Mahkamah Rayuan isytihar pemecatan Anwar sah

Lepas ni apa lah temberang aljub.. tu di Ijok PUTRAJAYA 25 April — Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Kabinet sembilan tahun lepas dilaksanakan secara sah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh kerana kuasa melantik dan memecat menteri terletak pada Perdana Menteri, demikian Mahkamah Rayuan memutuskan hari ini. Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Mohamed Raus Sharif dan Datuk Heliliah Mohohamed Yusof membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan Anwar supaya pemecatannya daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan. Raus, dalam penghakiman 19 halaman, berkata, surat pemansuhan pelantikan Anwar sebagai menteri Kabinet, dikeluarkan Dr. Mahathir pada 2 Sept 1998, mematuhi Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan oleh kerana itu merupakan bukti lebih daripada cukup untuk menunjukkan formaliti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemansuhan telah dilakukan oleh be

Pengundi Hantu Konon....

Image
Tengok sini Orang kawan dgn setan memang suka mencari hantu. Banyak sgt blog yang mempertikai no IC bermula 90. Atok dorang dah lama tak de, tu sebab tak tahu perkembangan pasal no IC ni. Datang lah ke Ijok cari orang tu sekarang. Jangan buat modal bila dah kalah nanti. Atok Yanti pun IC bermula 90 masih hidup, bila Yanti tanya berapa umur atok sebenar dia kata sama tua dengan pokok kelapa depan rumah tu. Faham maksud  Yanti.. dulu mana ada birth cert tarikh kelahiran sebenar. JPN letak 90 sahaja (bermaksud tahun 1900. Kalau 99 bermaksud 1899. Pernah tengok ic datok atau moyang korang tak...

Ujian DNA sahkan anak Altantuya anak dengan bekas suami rakyat Mongolia

Ini salah satu E-Joke puak KELDAIAN sebab apa kena mengena Altantuya dengan Ijok. KUALA LUMPUR 23 April — Ujian DNA terhadap anak ketiga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh di negara ini, mengesahkan anak itu adalah hasil perkahwinan model berkenaan dengan bekas suaminya, seorang lelaki warga Mongolia. Menurut sumber polis, pengesahan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya anak lelaki Altantuya itu, yang dikenali sebagai Altanshagai Munkhtulga, 4, adalah hasil hubungan sulit wanita itu dengan seorang rakyat Malaysia. “Ia sudah disahkan melalui ujian DNA, kanak-kanak itu adalah anak yang sah daripada perkahwinan Altantuya dengan seorang lelaki warga Mongolia,” katanya di sini hari ini. Konsulat Kehormat Mongolia di sini, Datuk Syed Abdul Rahman Al- Habshi ketika dihubungi hari ini berkata, pada Mac lalu, satu pasukan polis Malaysia telah pergi ke Mongolia untuk mengambil sampel DNA anak Altantuya dan hasil analisisnya memang mengesahkan bahawa anak itu tiada

Ijok, E-Joke dan KELDAIAN

Image
Malam tadi ronda-ronda ke seluruh DUN N11 Ijok. Puas pusing cari pokok Ijok yang kononnya menjadi sumber kepada nama Ijok. Sebenarnya pokok ijok tidak pernah wujud dan nama Ijok diambil dari bahasa jawa yang bermaksud hijau. Yanti bukan orang jawa tapi keturunan minang, orang kata minang dengan jawa dulu-dulu tak ngam dan 'minang' itu sendiri bermaksud menang kerana kemenangan laga kerbau dengan jawa. Ala itu dulu lah. Bila sebut pasal hijau, teringat pula PAS tidak bertanding disini tetapi mereka berkempen membantu parti E-Joke KELDAIAN. Mengapa Yanti kata parti KELDAIAN ini E-Joke... Sebab mereka sebenarnya bertanding bukan untuk menang tetapi sekadar untuk berceramah dan menyampaikan lawak jenaka parti KELDAIAN mereka. Ijok akan menjadi E-Joke kepada parti KELDAIAN pada 28 haribulan nanti. Lama sanga rasanya berada di E-joke ni. Di Batu Talam 2 minggu tak terasa dan di Machap 10 hari rasa macam 3 hari. Di E-joke rasa macam sebulan berada disini.

10 Faktor Kemenangan BN di Ijok

Walaupun parti-parti politik yang bertanding mengatakan mereka akan menang, namun adalah sukar untuk membuat ramalan keputusan dalam mana-mana pilihanraya kecil sehinggalah pada beberapa hari terakhir menjelang pengundian. Itulah juga yang dapat dikatakan mengenai peluang Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding dalam pilihan kecil N11 DUN Ijok, Selangor. Pada 28 April ini, 12,272 orang pengundi berdaftar pelbagai bangsa akan berpeluang untuk membuat pilihan. Merekalah yang menjadi penentunya. Adakah mereka akan memilih aktivis sosial dan seorang bekas pendidik muda berusia 38 tahun, ataupun seorang pencen berusia 61 tahun yang bergantung kepada rekodnya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi membantu orang Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Sebagai sebuah parti yang memegang kerusi ini sebelum kematian Dato' K Sivalingam, Barisan Nasional ingin terus mengekalkan pegangan kerusi tersebut. Kejaya

PRK N11 Ijok - ABD KHALID BIN IBRAHIM

Image
Kad Pengenalan : 461214105273 / 0556617 Nama : ABD KHALID BIN IBRAHIM Jantina : LELAKI Lokaliti : 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2 Daerah Mengundi : 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16 DUN : 105 / 34 - BUKIT GASING Parlimen : 105 - PETALING JAYA SELATAN Negeri : SELANGOR Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my Parti KELDAIAN

PRK N11 Ijok - Kebebalan Ucapan Anwar Ibrahim

Image
"Dia (Najib) kata saya serang peribadi (dalam kes Altantuya).Saya bukan serang peribadi, saya cuma minta dia jawab samada kenal atau tidak Altantuya? Kenapa orang kanannya (Think Tank Najib), Abdul Razak Baginda boleh terlibat?. "Kenapa dua anggota unit tindakan khas (UTK) boleh terlibat dan kenapa boleh bahan letupan C4 yang ada tertulis Kementerian Pertahanan digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu?.Saya tidak tuduh, kenapa dia nak marah," katanya sambil disahut dengan tepukan gemuruh kira-kira 800 kaum Tiong Hua yang menghadiri jamuan makan malam bersama Anwar di Simpang Tiga Ijok dekat sini malam tadi. Anwar mengulangi cabarannya ke atas Najib supaya TPM itu menyaman beliau sekiranya mendapati apa yang disebutnya adalah satu penipuan. Bahagian Mana paling melucukan dalam ucapan Anwar ini? Suruh Anwar tu beli mercun ... pastu hang cucuh dan cari residue dia .. Boleh nampak ka MADE IN CHINA . Yang tahu mungkin tukang cucuh mercun tu made in mana-man

PRK N11 IJOK - Insiden yang tidak di ingini ketika proses pernamaan calon

Insiden baling membaling botol dan kayu sehingga FRU terpaksa campurtangan. 3 insiden. Keldaian ni memang takde kerja lain, fanatik nak mampos. Kat Lunas buat hal. Tiap kali kalau Keldaian bertanding, mesti isu politik kaum akan timbul, undi ikut kaum mesti timbul. Lepas tu keganasan kerap berlaku. Pergaduhan antara penyokong parti. Semasa di Machap dimana DAP bertanding tidak pula berlaku sebegini Ini agenda siapa ni ? Tiap tiap kali mesti parti Keldaian.

PRK N11 IJOK - Berita II

Hak kerajaan laksana pembangunan bila-bila masa IJOK 18 April – Kerajaan berhak melaksanakan kerja-kerja pembangunan, seperti pembaikan dan penurapan jalan pada bila-bila masa demi kepentingan rakyat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu. Thirumoorthy kembali sokong calon BN IJOK 18 April – Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, P. Thirumoorthy yang mengumumkan hasrat meletakkan jawatan kelmarin kerana kecewa tidak dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hari ini kembali menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), K. Parthiban. Khalid dakwa pembangunan di Ijok lambat KUALA LUMPUR 18 April – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini menyertai parti pembangkang berkata, beliau mengambil keputusan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Ijok dengan alasan kawasan itu masih ketinggalan daripada segi pembangunan. DAP beri laluan kepada PKRR KKUALA LUMPUR 18 April –

Pertandingan Satu Lawan Satu BN Dan PKR Di Ijok

Image
SATU LAWAN SATU… Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok K.Parthiban dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) bersalaman selepas penamaan calon di dewan orang ramai Batang Berjuntai. Foto: Razali Nordin KUALA SELANGOR, 19 April -- Barisan Nasional (BN) dicabar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertandingan satu lawan satu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, pada 28 April ini. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Haris Kasim mengumumkan bahawa calon BN K. Parthiban dan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya dua pencalonan diterima. Ini adalah cubaan kedua PKR setelah calonnya Abdul Rahman Moharam tewas kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk K. Sivalingam pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 1,649 undi. Ketika membuat pengumuman mengenai pertandingan bagi pilihan raya kecil itu di pentas khas di luar Dewan Orang Ra

PRK N11 IJOK: Berita

Calon BN Ijok seorang muda, lawa – Samy Vellu KUALA SELANGOR 15 April – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membayangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Ijok merupakan seorang muda dan lawa. Pemuda BN beri amaran dedah helah pembangkang IJOK 15 April – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mendedahkan setiap strategi dan tipu helah pembangkang yang cuba memecah-belahkan masyarakat dengan menggunakan isu perkauman serta agama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang bakal berlangsung 28 April ini. BN sedia hadapi isu perkauman SUBANG 15 April – Barisan Nasional (BN) bersedia berhadapan dengan isu perkauman yang mungkin akan dimainkan oleh parti pembangkang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Ahli perniagaan umum bertanding calon bebas KUALA LUMPUR 15 April – Seorang ahli perniagaan K. Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan be

PRK N11 IJOK: Senarai Pusat Mengundi

Image

PRK N11 IJOK: Pusat Penamaan Calon dan Penjumlahan Undi

Image
Dewan Orangramai Batang Berjuntai

PRK N11 IJOK: PETA IJOK

Image
KELUASAN IJOK : 95 KM PERSEGI LOKASI : BARAT - UTARA SELANGOR BILANGAN PEMILIH : 12,272 PECAHAN PENGUNDI : 12,233 BIASA, 39 POS PECAHAN KAUM : 51.04%, 20.59% DAN 28.16% BILANGAN DM/PUSAT MENGUNDI : 9 BILANGAN TM/SALURAN : 28 + 1 (POS) BILANGAN LOKALITI : 154

PRK N11 Ijok: Ahli Perniagaan Umum Bertanding Sebagai Calon Bebas

KUALA LUMPUR, 15 April -- Seorang ahli perniagaan K.Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok. Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Loganadan berkata keputusan itu tidak didorong oleh sesiapa, sebaliknya untuk berkhidmat di kawasan itu kerana beliau mendakwa tidak banyak pembangunan dan kemajuan dibawa oleh wakil rakyat terdahulu. Loganadan yang kini menetap di Klang, dilahirkan di Ladang Caledonian, kira-kira lima kilometer dari pekan Ijok dan mendapat pendidikan rendah di sekolah Tamil di situ sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Batu Arang dan Batang Berjuntai. "Saya adalah anak tempatan dan tinggal di sana selama 18 tahun dan cukup tahu masalah di situ," katanya yang juga Timbalan Presiden Kelab Motivasi Insan Cemerlang Selangor, sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Loganadan mendakwa beliau pernah menjadi anggota MIC selama kira-kira lapan tahun dan mempunyai ramai ke

PRK N11 Ijok - Ketua MIC Kuala Selangor Ancam Untuk Letak Jawatan

KUALA SELANGOR, 15 April (Bernama) -- Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor S.P. Thirumoorthy hari ini mengancam untuk meletakkan jawatannya jika beliau tidak dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok akhir bulan ini. Thirumoorthy, 55, seorang guru sekolah menengah, mendakwa 18 ketua cawangan daripada 36 cawangan parti MIC di kawasan pilihan raya Ijok itu akan turut meletakkan jawatan bersamanya. Beliau, yang menjadi ketua bahagian sejak 1994, berkata beliau difahamkan bahawa calon BN bukan dari kalangan ahli bahagian MIC Kuala Selangor. BN dijangka mengumumkan calon esok.Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika diminta mengulas tindakan Thirumoorthy itu, berkata beliau tidak akan melayan tuntutannya."Ia adalah hak Presiden MIC untuk memutuskan calon. Pengerusi BN (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) telah meluluskan nama calon. Saya juga memaklumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo," kata

PRK N11 IJOK - Rumah Wanita Selangor

Image
No6, Jalan 8/1C Taman Kota Puteri Set GPS: 3°18'17.80"N 101°25'54.70"E

BN kekalkan kerusi DUN Machap

ALOR GAJAH 12 April — Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 4,081 undi dalam pertandingan satu lawan satu antara calonnya, Lai Meng Chong dengan calon DAP, Liou Chen Kuang hari ini. Kemenangan BN diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hasim Ismail di pusat penjumlahan undi di Kompleks Japerun Machap, Bukit Bulat di sini pada pukul 8.22 malam ini. Lai, 56, seorang anak tempatan memperoleh 5,533 undi, manakala Liou, 33, yang kali kedua dipertaruhkan oleh DAP untuk kerusi yang sama, memperoleh 1,452 undi. Sebanyak 74.35 peratus daripada 9,623 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu keluar mengundi mulai pukul 8 pagi ini hingga pukul 5 petang ini di lapan pusat mengundi yang menyediakan 19 saluran mengundi. Pilihan raya kecil DUN Machap diadakan berikutan kematian Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, Datuk Wira Poh Ah Tiam pada 15 Mac lepas. Pada pilihan raya umum 2004, Poh menew

PRK N11 IJOK

Image

Penamaan Calon P.raya Kecil Ijok 19 April, Mengundi 28 April

Image
PUTRAJAYA, 11 April -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Ijok ialah pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian pada 28 April. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian di sini hari ini selepas SPR mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil itu. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN tersebut Datuk K.Sivalingam di Chennai, India, akibat serangan jantung pada 4 April lepas. Sivalingam, 59, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan dan Pekerja Ladang Selangor, memenangi kerusi itu untuk penggal ketiga dalam pilihan raya umum lepas dengan menewaskan Abdul Rahman Moharam dari parti Keadilan dengan majoriti 1,649 undi. Menurut Abdul Rashid bagi tujuan pilihan raya kecil itu, SPR menentukan bahawa daftar pemilih yang dikemaskinikan sehingga 4 Apr 2007 akan digunakan. Mengikut daftar

Penamaan Calon Bagi Kerusi DUN Ijok Pada 19 April

11 April, 2007 11:45 AM Penamaan Calon Bagi Kerusi DUN Ijok Pada 19 April KUALA LUMPUR, 11 April -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok, Selangor ditetapkan pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 28 April, Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Anggota Exco Selangor Meninggal Dunia Di Chennai

Image
NEW DELHI, 4 April -- Anggota exco kerajaan negeri Selangor Datuk K. Sivalingam meninggal dunia hari ini selepas rebah di Lapangan Terbang Chennai sebaik tiba dari Malaysia. Sivalingam, 59, meninggal dunia sekitar 10.40 pagi (1.10 petang waktu Malaysia) dipercayai akibat serangan jantung, kata pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini. Setelah rebah, beliau dibawa ke hospital berdekatan, kata pegawai itu. Sivalingam adalah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok.

PRK Macahap - Mungkin di perkampongan ini

Image
Klik imej untuk lebih jelas

PRK Macahap - Yanti kena berkampong di Kemuning

Image

PRK Machap - Gambar Satelite Kawasan DUN

Image
Klik gambar untuk melihat imej yang lebih besar

HTC Shift

Image
Gadget yang di tunggu-tungu untuk tahun ini. VIA CPU 1.2GHz Windows Vista business 7-inch sliding, tiling wide-touchscreen 30GB drive Tri-band UMTS / HSDPA, quad-band GSM / GPRS / EDGE WiFi, Bluetooth 2.0 Biometric reader, front-facing camera Tak sabar nak tunggu HTC Shift tapi paling awal ada dalam pasaran mungkin September 2007 :(

23 Kenderaan Tertimbus Tanah Runtuh Di Putrajaya

Image
PUTRAJAYA, 22 Mac (Bernama) -- Dua puluh tiga kenderaan tertimbus dalam tanah runtuh di Presint 9 di sini, yang memaksa kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka pada pukul 4.30 pagi ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya Pemangku Supt Abdul Razak Abdul Majid berkata tanah berkenaan runtuh dari sebuah bukit di belakang apartmen Presint 9, Fasa 11. "Tiada nyawa terkorban atau mangsa didapati terperangkap di bawah timbunan tanah runtuh itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Perkara itu disahkan oleh pasukan bomba dan penyelamat, yang memeriksa tempat kejadian dengan menggunakan "motion detector" (alat pengesan pergerakan) dan juga anjing pengesan. Abdul Razak berkata bukit setinggi 50 meter itu dengan kecuraman 45 darjah terletak 10 meter dari apartmen itu, yang mengandungi tiga blok bangunan masing-masingnnya setinggi 15 tingkat. Di atas bukit itu terletak sebuah tangki air. Berikutan kejadian tanah runtuh itu, terbentuk satu timbusan tanah dengan

Penamaan Calon P/Raya Kecil Machap 3 April, Undi 12 April

Image
PUTRAJAYA, 21 Mac -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Machap ialah pada 3 April ini dan pengundian pada 12 April. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat pengumuman itu di sini hari ini ekoran kematian penyandang kerusi itu, Datuk Poh Ah Tiam, dari Barisan Nasional pada 15 Mac lepas akibat sakit buah pinggang. Poh, 55, yang juga pengerusi MCA Melaka dan pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 selepas menewaskan Liou Chen Kuang dari DAP dengan majoriti 4,562 undi. Maklumat tambahan: Kalau nak access internet guna DiGi Mobile Broadband sebab ada liputan DiGi Edge . Lihat peta liputan DiGi dibawah. Celcom dan Maxis GPRS sahaja tiada 3G. Harap Maxis dan DiGi pasang RBS sementara disana untuk liputan 3G

Sony Ericsson K810i

Image
K810i yang terkini di pasaran menggantikan K800i. Yanti nak tunggu K818i yang baru dilancarkan menunggu masa berada di pasaran. Design mungkin sama cuma ada sikit perbezaan spesifikasi . Kalau dapat hantaran K818i kan bagus. Boleh ke gitu :)

Yanti guna Sony Ericsson K800i

Image
Dah lama yanti guna yang ini. Memang menarik dah mudah digunakan. Gambar post di blog ini kebanyakan menggunakan K800i Cyber-shot 3.2MP . Mana gambar yang resolution rendah tu Yanti guna Camera Dopod 818 Pro PDA Phone bersama DiGi unlimitted edge mobile broadband . Yang menariknya boleh guna mobile blogger Shot masukkan text dan hantar ke blog. Senang kan. Video call mudah boleh guna camera belakang dengan hanya membuka penutup lens. Nak hantar SMS atau MMS senang. Tak de sesiapa nak hadiahkan Yanti SE K818 :) tapi belum ada di pasaran sekarang ni. Yang ada sekarang ini K810i Ini lah SE K800i Yanti

Telefon mudah alih terbaik

Image
TELEFON selular model K800i Cyber-shot, keluaran Sony Ericsson diiktiraf sebagai telefon mudah alih terbaik oleh Persatuan GSM sempena Anugerah Mobile Global 2007 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini. Naib Presiden Eksekutif Korporat dan Ketua Jualan Sony Ericsson, Anders Runevad, berkata model K800i yang diperkenalkan ke pasaran tahun lalu membolehkan pengimejan mudha alih menjadi realiti kepada berjuta penduduk dunia. “Ia menghasilkan gaya hidup baru berasakan komunikasi mudah alih dan imej dengan menggabungkan prestasi kamera 3.2 mega piksl dan teknologi komunikasi generasi ketiga (3G) bagi memudahkan proses perkongsian imej,” katanya. Sejak K800i Cyber-shot diperkenalkan tahun lalu, lebih empat juta unit telefon model berkenaan terjual di pasaran. Pengguna boleh menyaksikan model berkenaan beraksi dalam filem terkini, James Bond, Casion Royale. Keluarga telefon komunikasi Cyber-shot sudah ditambah kepada pelbagai model seperti K810, K818, K550 dan K550im, iaitu te

Kematian ADUN Machap dimaklumkan kepada SPR

Image
Kematian ADUN Machap dimaklumkan kepada SPR MELAKA 16 Mac - Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Mo‘min Abdul Aziz telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, Datuk Wira Poh Ah Tiam. Pembangkang belum buat keputusan letak calon di Machap KUALA LUMPUR 16 Mac – Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan rundingan untuk memutuskan sama ada akan memboikot atau meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap berikutan kematian Datuk Wira Poh Ah Tiam semalam. Keputusan 2004 N8 MACHAP (BUKIT SEDANAN) (9,887) Melayu: 39.5% Cina: 45.7% India: 14.5% Lain: 0.3% 1. Datuk Wira Poh Ah Tiam (BN) 2. Liou Chen Kuang (DAP) 1999: Datuk Wira Poh Ah Tiam (BN) Majoriti 2,626 Datuk Wira Poh Ah Tiam (BN) Jumlah Undi: 5,847 Menang Liou Chen Kuang (DAP) Jumlah Undi: 1,285 Majoriti : 4,562 Jumlah Undi : 7,334 Undi Rosak : 202 % mengundi : 74.33%

Pemeriksaan Kesihatan lagi hari ini

Image
Periksa Darah Lagi

Reunion Urusetia Wanita PRK Batu Talam

Image
Masing-masing dah tambah comel :))

Keputusan Pemeriksaan Kesihatan

Image